Ketahui 5 Sebab Anda Perlukan Stand Mixer Di Rumah

Stand mixer tidak asing lagi dalam dunia baking. Ini kerana anda boleh lihat beberapa jenis stand mixer yang terdapat di pasaran. Kebiasaannya stand mixer yang biasa anda lihat Di media sosial, internet atau televisyen adalah stand mixer untuk kegunaan seisi keluarga atau bisnes kecil-kecilan.

Bagi anda yang ada keinginan untuk membaking di rumah, tetapi masih ragu-ragu tentang kepentingan stand mixer untuk anda. Teruskan pembacaan anda tentang 5 sebab anda kena ada stand mixer di rumah. Habis sahaja 5 sebab ini, anda akan dapati salah satu ada pada anda ! Ketahui 5 sebab anda kena ada stand mixer di rumah supaya anda lebih yakin untuk memilikinya.

1. Masa putar tidak terlajak

Bagi anda yang ingin mulakan baking, pastikan anda mempunyai stand mixer. Stand mixer bukan sahaja mempunyai 3 jenis pemukul sesuai dengan jenis adunan yang dihasilkan, namun stand mixer mempunyai setting masa yang anda boleh tentukan. Tempoh masa putaran ini anda boleh rujuk pada resepi yang anda baca atau pengalaman orang lain. Masa sangat penting dalam bidang baking. Jika anda memutar terlebih masa mungkin adunan anda menjadi terlalu lembik atau terlalu kembang. Sebaliknya, jika anda terkurang masa pula, adunan tidak menjadi ringan, fluffy atau kembang.

Masa. Ya, masa selalu dilupakan bukan sahaja pada hidup seharian anda, malah masa ketika sedang membaking juga kadang-kala ‘teerlupa’ juga.

Pastikan juga anda mempunyai buku resepi yang bagus untuk dijadikan rujukan. InsyaAllah, masa membaking anda akan lebih efisien dengan adanya stand mixer.

biskut coklat

2. Tekstur adunan yang dihasilkan sama seperti ditunjukkan dalam resepi

Sebelum ini kita bincang berkaitan masa ketika membaking. Hasil dari menetapkan masa yang sesuai setiap kali anda menambah bahan di dalam adunan, adunan akan ‘menjadi’. Tekstur makanan sedikit sebanyak membantu anda menentukan sama ada adunan anda menjadi atau tidak. Caranya adalah melihat pada gambar dalam buku resepi yang telah anda rujuk.

Stand mixer apabila diputar mengikut masa yang sesuai, maka adunan juga dapat dihasilkan dengan mempunyai tekstur yang bagus. Ya, stand mixer membantu anda dapatkan adunan yang betul. Apabila anda yakin dengan adunan yang tengah anda hasilkan, pasti anda akan rasa lebih puas. Membaking pun sudah tidak stress lagi, malah rasa teruja pula.

3. Masa anda dapat dijimatkan

Selain masa yang ditetapkan pada stand mixer, masa anda sendiri juga dapat dijimatkan. Sebagai contoh, adunan roti yang perlu diputar sedikit lama, pada masa ini anda mempunyai ruang masa yang lain. Sementara menunggu adunan roti siap diputar, waktu inilah anda boleh gunakan untuk mengemas meja atau sinki. Ya, dua kerja dalam satu masa anda dapat siapkan. Jimat masa anda dan kerja anda lebih efisien lagi !

4. Tenaga anda dapat dikurangkan

Tidak dinafikan lagi, mesin atau teknologi memudahkan ramai orang. Sama juga seperti stand mixer. Anda tidak perlu lagi mengadun menggunakan tangan dalam jangka masa yang lama. Terutamanya ketika membuat roti.

Bukan sahaja adunan roti, malah adunan biskut atau kek juga dapat mengurangkan tenaga anda. Adunan biskut yang berat pasti memenatkan untuk menggaulnya, bukan? Apakata anda dapatkan stand mixer yang mempunyai power yang sesuai dengan keperluan anda dan keluarga.

5. Pelbagai aneka makanan berasaskan baking dapat diadun dengan baik

Stand mixer kini semakin canggih. Ini kerana terdapat 3 jenis pemukul untuk satu stand mixer sahaja. Setiap jenis pemukul ini mempunyai fungsi yang berbeza. Jika anda ingin memukul putih telur sehingga kembang untuk menghasilkan kek cheese gebu, sudah tentu pemukul whisk yang sesuai. Jika anda ingin membuat cookies atau muffin, pemukul flat beater adalah sesuai. Dan Jika anda ingin membuat roti, pemukul dough hook adalah sesuai. Seronok, bukan?  Jadi, anda sudah ada stand mixer? Manfaatkan sebaik yang mungkin. Jika anda ingin mendapatkan stand mixer, lawati www.cintabaking.com untuk maklumat lebih lanjut.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *