Resepi Kek Buah Kismis Blackcurrant Badam

Buah kering sangat sesuai dijadikan kek. Ia memberi rasa yang lengkap dalam sesuatu makanan itu sendiri. Tidak lah rasa kek kosong sahaja, betul?

Selalunya, buah kismis digunakan untuk dicampur ke dalam adunan kek. Ia juga dikenali sebagai kek buah. Mak-mak sukalah kek buah ni. Bukan itu sahaja, kek buah juga merupakan salah satu juadah ketika menyambut hari raya.

Tapi, apa yang lebih menarik lagi adalah serbuk badam dicampur ke dalam adunan kek buah ni. Ini kerana badam boleh menaikkan lagi rasa sedap kek buah. Rasa seakan rangup kacang sedikit ketika makan nanti.

Tanpa melengahkan masa, inilah bahan-bahan untuk resepi kek buah kismis blackcurrant badam.

Bahan-bahan :

250 gram mentega

1 (91 gram) cawan gula perang

4 biji telur

1 cawan (85 gram) kismis

1 cawan (85 gram) blackcurrant

1 cawan (97 gram) badam

1 tsp serbuk penaik

2 cawan (190 gram)  tepung gandum

Cara nak buat pun mudah, tidaklah susah seperti kek lain yang memerlukan beberapa teknik. InsyaAllah, anda berjaya juga menghasilkan kek buah yang lazat ini.

biskut coklat

Pertama sekali, anda perlulah memukul mentega dan gula terlebih dahulu. Ini adalah asas kebanyakan kek. Pukul dengan menggunakan mixer. Stand mixer atau hand mixer, kedua-duanya pun boleh.

Bagi anda yang perlukan hand mixer, boleh guna jenama panasonic (beli di shopee klik di sini). Ia merupakan jenama yang terkenal dan boleh lah anda dapatkannya. Senang kerja anda nanti. Tetapi, saya menggunakan stand mixer jenama Morgan, boleh juga anda dapatkan di sini.

Setelah mentega dan gula telah sebati dan adunan menjadi pucat dan berkrim, telur dimasukkan sedikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan sebati.

Kemudian, barulah masukkan kismis dan blackcurrant ke dalam adunan. Kali ini, anda perlu menggunakan spatula. Jika ingin menggunakan mixer, pastikan guna alat pemukul jenis beater supaya tidak hancur pula buah tu nanti.

Masukkan pula badam dan gaul sebati. Akhir sekali, masukkan serbuk penaik dan tepung gandum. Gaul sebati. Siap untuk dibakar. Bakar di dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 1 jam 10 minit atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi.

Mudah jer…

Bila waktu sesuai makan kek buah ini? Bila-bila sahaja anda ingin memakannya, hehe 😉 Lagi pula, anda boleh menyimpan kek buah di dalam peti sejuk selama seminggu. Jadi, jika ada tetamu bertandang ke rumah, tidaklah anda kelam kabut ingin sediakan juadah pembuka mulut lepas ini.

Tambahan buat anda ! Ada satu video untuk anda menontonnya. Boleh klik di bawah untuk lihat video resepi kek buah kismis blackcurrant badam. Salah satu cara untuk pandai menghasilkan kek sendiri adalah dengan melihat gambar atau video adunan diadun langkah demi langkah. Selamat mencuba.

https://youtu.be/BY9FI2fe1Hg
biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *