Ketahui 3 Komponen Biji Gandum Untuk Anda Tahu

Ada apa dengan gandum? Mesti anda jarang fikirkan tentang khasiat gandum ini, bukan? Maklumlah, gandum yang dijadikan tepung di pasaran semakin meluas. Lagi pula tepung gandum dikenali sebagai bahan asas utama untuk pelbagai jenis makanan.

Jom ketahui 3 komponen yang terdapat pada biji gandum yang anda patut tahu.

Photo Designed From Freepik

1. Bran

Bran merupakan lapisan luar bijiran gandum yang keras. Dikatakan bahawa bran gandum mempunyai khasiat yang tinggi. Selalunya, tepung yang diproses tidak mengandungi bran. Ini kerana proses penggilingan yang dilakukan ketika menghasilkan tepung gandum.

Bagi anda yang ingin menambah ilmu tentang perniagaan bakeri dari rumah, anda boleh dapatkan ebook bisnes bakeri (klik di sini). 

Bran kaya dengan kandungan fiber yang mengekalkan kesihatan usus. Jika anda mengalami sembelit, ia membantu untuk melegakannya. Ia juga membantu mencegah penyakit kolon termasuk kanser.

Selain kandungan fiber yang tinggi, ia juga mengandungi tinggi protein, magnesium, manganese, niacin, phosphorus, zinc dan vitamin B.

Namun, ada mengatakan bahawa bran ini boleh menyebabkan gas atau kembung perut. Mungkin menjadikan perut anda rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi buat anda yang pertama kali memakannya.

biskut coklat badam

2. Endosperm

Endosperm merupakan komponen yang paling banyak terkandung dalam biji gandum berbanding bran dan germ. Ia juga dijadikan sebagai tepung gandum setelah diproses. Tepung inilah yang anda selalu gunakan hari ini.

Proses penggilingan untuk menghasilkan tepung ini selalunya menggunakan pemanasan suhu yang tinggi. Proses ini juga mengasingkan komponen bran dan germ. Ini bermakna komponen endosperm sahaja yang masih kekal dalam tepung. Disebabkan itu, tepung mengandungi kurang sumber vitamin dan nutrisi yang baik.

Komponen endosperm terletak di dalam bran gandum. Dalam proses penggilingan, endosperm dijadikan sebagai tepung gandum yang banyak orang gunakan hari ini.

Walaubagaimanapun, ia mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi. Dikatakan bahawa tanpa bran dan germ, karbohidrat dari endosperm ini mudah meresap dalam tubuh. Ini menjadikan tubuh anda menerima lonjakan insulin yang boleh memberi risiko terhadap diabetes. Disebabkan itu, tepung gandum penuh adalah yang terbaik dalam diet anda. Namun begitu, karbohidrat dalam endosperm boleh memberi tenaga kepada seseorang.

3. Germ

Setiap biji gandum mengandungi germ. Ia bersaiz kecil. Walaupun germ merupakan komponen yang paling kecil berbanding bran dan endosperm, khasiatnya paling banyak.

Germ mengandungi pelbagai jenis mineral seperti phosphorus, magnesium, zinc dan manganese. Sudah pasti mineral ini boleh memberi fungsi kesihatan yang baik untuk manusia.

Sebagai contoh, sumber zinc membantu menguatkan imunisasi tubuh badan sekaligus melawan virus. Magnesium pula membantu menguatkan jantung dan tulang. Selain itu, phosphorus berupaya untuk membaiki tisu dengan bantuan calcium.

Germ juga mengandungi fiber yang bagus dalam menstabilkan kandungan gula dalam darah dan berupaya mengawal kolesterol dan mengekalkan kesihatan pencernaan.

Begitulah banyak khasiat germ dalam biji gandum.

Namun, germ tidak terdapat dalam tepung gandum yang berada di kebanyakan di pasaran. Ini kerana, tepung itu sudah diproses. Penyimpanan germ juga tidak tahan lama (kandungan lemak germ yang lebih tinggi) berbanding tepung putih.

Salah satu fungsi germ adalah untuk dijadikan tumbuhan baru yang boleh dicambah. Ini membolehkan tumbuhan gandum dapat dicambah semula.

Jika anda menggunakan tepung gandum serba guna dalam masakan, boleh juga jika anda ingin menambah sedikit germ gandum (wheat germ). Anda boleh dapatkan wheat germ di shopee (klik di sini). Kekurangan germ adalah mengandungi gluten. Bagi anda yang tidak boleh hadam gluten protein ini, lebih baik elakkan.

Itulah 3 komponen yang terdapat pada biji gandum iaitu bran, endosperm dan germ.

biskut coklat badam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *