7 golongan sesuai dapatkan stand mixer. Anda golongan yang mana satu?

Sering kali kita melihat chef di televisyen menggunakan stand mixer bagi sesuatu rancangan masakan berasaskan baking. Bayangkan jika chef tersebut tidak menggunakan stand mixer ketika rancangan tadi. Mungkin chef tidak dapat menjalankan rancangan dengan lebih lancar. Ini kerana bukan sahaja chef perlu menunjukkan langkah demi langkah menghasilkan makanan, namun perlu juga berbicara atau bercakap di hadapan kamera.

Stand mixer mengurangkan tenaga si tuannya. Ini menjadikan tuannya mempunyai tenaga lebih untuk tujuan lain.

Siapakah yang sesuai dapatkan stand mixer? Jom ketahui 7 golongan yang perlu ada stand mixer dan anda yang mana satu?

1. Anda seorang baker yang professional

Baker yang professional mempunyai kemahiran atau skill yang baik dalam bidang baking. Setiap teknik yang ditunjukkan juga ada maknanya tersendiri kerana ia akan melibatkan tekstur adunan setiap kali ditambah bahan.

Dengan bantuan stand mixer ini, skill seorang baker akan bertambah lagi. Ini kerana stand mixer direka khas untuk sesuatu adunan yang ingin dihasilkan dengan lebih mudah dan cepat.

Namun, ada juga sesetengah baker yang lebih suka menggunakan cara tradisional, iaitu dengan menggunakan tangan atau senduk khas mereka. Ia tidak mengapa kerana ia adalah pilihan baker itu sendiri. Namun, jika dapat kurangkan tenaga dan tambah skill baru yang mungkin lebih efisien, kenapa tidak menggunakannya, bukan?

Kemahiran atau skill akan bertambah lagi, oleh kerana stand mixer membantu seorang baker menghasilkan sesuatu adunan dengan lebih mudah dan cepat.

biskut coklat

2. Anda seorang suri rumah

Suri rumah selalunya sangat sibuk dengan tugasannya dalam menguruskan rumah dan anak-anak. Seperti yang anda tahu stand mixer dapat mengurangkan tenaga si ibu untuk menguli atau mengadun adunan.

Sudah tentu suri rumah perlu menyediakan makanan yang terbaik buat anak-anak. Lagi-lagi jika si anak meminta anda menghasilkan makanan yang mereka gemari.

Kesibukan seorang suri rumah dapat dikurangkan ketika menyediakan makanan kegemaran si anak dengan bantuan stand mixer.

3. Anda seorang usahawan kecil-kecilan dari rumah

Usahawan kecil-kecilan selalunya dijalankan dari rumah. Terutamanya, penghasilan kek, biskut dan roti dari rumah untuk dijual kepada pelanggan. Permintaan yang tinggi mendorong anda untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak.

Adunan yang diperlukan juga banyak untuk menampung permintaan yang tinggi. Jika ini terjadi, sudah pastilah anda memerlukan beberapa peralatan bagi meringankan beban anda sebagai seorang usahawan. Stand mixer adalah salah satu peralatan tersebut.

Permintaan yang tinggi memerlukan adunan yang banyak dan hal ini dapat dibantu dengan menggunakan stand mixer.

4. Anda seorang ibu bapa yang ingin melatih anak dalam bidang baking

Setiap anak mempunyai kelebihan mereka masing-masing. Jika anda melihat potensi anak anda, sebaiknya anda menyediakan kemudahan buat mereka. Ini dikira sebagai galakan buat mereka untuk mencungkil lagi bakat yang ada.

Jika ada rezeki, mana tahu anak anda bakal seorang chef atau usahawan bakeri yang berjaya. InsyaAllah.

Anda juga boleh melihat potensi mereka melalui minat. Mereka minat dengan perkara yang melibatkan tangan? Minat pada makanan? Minat menonton rancangan masakan?

Sediakan stand mixer buat mereka jika anda ingin mencungkil bakat mereka. Bakat baking juga dapat dicungkil dan diasah sejak kecil lagi. Ini memberi anak anda pengalaman yang sangat berharga.

Ibu bapa yang ingin menjadikan anaknya seorang baker samaada menjadi seorang chef yang berjaya atau sekadar baker untuk keluarga. Stand mixer adalah satu peralatan untuk mereka sebagai galakkan buat mereka. Mereka dapat cungkil bakat mereka sejak kecil.

5. Anda mempunyai kedai atau kilang bakeri

Kedai bakeri selalunya ada stand mixer. Ini menjadikan kerja anda mudah dan lebih cepat. Oleh kerana, tugasan bukan sahaja menghasilkan base kek atau biskut sahaja. Namun, anda juga perlu menghiasi kek dan biskut supaya nampak lebih menarik.

Stand mixer meringankan tenaga anda. Apabila anda mempunyai tenaga yang cukup dalam menyiapkan kerja baking anda, pasti anda rasa lebih ceria lagi. Tidak seperti kepenatan atau lenguh tangan yang boleh menjadikan anda rasa moody sahaja.

Kedai bakeri selalunya ada stand mixer bagi menyiapkan tempahan pelanggan yang disayangi.

6. Anda berminat menceburi bidang baking

Selalu lihat pada sesuatu rancangan masakan berasaskan baking menjadikan anda berminat menceburi bidang baking? Atau anda sangat seronok melihat rancangan masakan baking sehingga tidak ingat masa lagi?

Apakata anda menghasilkannya dengan air tangan anda buat keluarga tersayang. Bukan sahaja keluarga anda dapat memakan masakan anda, malah anda berasa puas hati melihat reaksi mereka makan !

Namun, bidang baking bukanlah semudah yang disangka bagi yang baru hendak menceburinya. Ini kerana baking membuat teknik dan skill yang tertentu bagi sesuatu makanan. Dan ya, stand mixer sedikit sebanyak membantu anda.

Minat menonton rancangan baking atau dekorasi baking yang cantik mendorong anda menceburi bidang baking. Stand mixer adalah satu peralatan dalam dunia baking.

7. Anda suka makan kek, biskut atau roti

Golongan yang terakhir ini adalah pengalaman saya sendiri. Ini kerana saya suka makan kek pada suatu ketika dahulu. Disebabkan ingin dapatkan kek yang benar-benar memenuhi citarasa sendiri, maka saya mula belajar membuat kek.

Ketika bermula membuat kek pastinya tidak menjadi. Namun, saya tidak berputus asa. Buku demi buku, helaian demi helaian majalah terselit resepi dicuba ketika itu. Selama dua tahun lebih saya menghasilkan pelbagai resepi kek. Akhirnya, saya terjumpa satu buku resepi kek dan ia menjadi.

Asalnya, makanan kegemaran adalah kek ketika itulah yang tercetusnya ingin menghasilkan kek sendiri yang mengikut citarasa sendiri.

Pernah tak anda menghadapi situasi ingin menempah kek atau roti di kedai bakeri, namun anda rasa tidak puas hati dengan rasanya? Begitulah saya ketika itu.

Jika anda suka kek, biskut atau roti kegemaran anda, apakata anda dapatkan stand mixer dan hasilkanya sendiri di rumah. Lama-lama anda menjadi pandai menghasilkannya malah lebih sedap daripada kek di kedai.

Suka makan kek, roti atau muffin, namun ingin mengikut citarasa sendiri sudah pastilah perlu hasilkannya sendiri. Ini kerana bahan-bahan yang premium dapat dicari dan buat sendiri. Stand mixer adalah peralatan untuk anda memulakannya. Ingat ya, ilmu dan kesabaran adalah penting juga.

Itulah dia 7 golongan sesuai guna stand mixer. Anda golongan yang mana satu?

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *