Muffin dan Cupcake Ada Bezanya

      No Comments on Muffin dan Cupcake Ada Bezanya

Anda Tahu Beza Antara Muffin Dan Cupcake?

“Saya ingat sama sahaja muffin dan cupcake.” Hah, siapa di sini juga berfikiran sama sahaja? Jangan kata anda, saya pun sama. Hahaha.

Alkisahnya, mak saya beli kertas cawan seperti dalam gambar di bawah. Setelah berbulan-bulan lamanya, kertas cawan tersebut masih tidak terusik. Elok sahaja plastik tidak dibuka langsung.

Inilah kertas cawan cupcake yang dibeli oleh mak. Cantik, bukan? (Handsock yang saya pakai ini boleh didapati di zicciy – klik di sini)

Beli tapi mengharapkan orang lain yang buatkan. Maksudnya, saya sudah faham sangat. Mak suruh saya gunakan kertas cawan yang dibelinya. Macam kena scam pula. Tapi kisah scam ni terbalik, saya la yang dapat kertas cawan percuma. Jimat duit saya.

Saya biarkan sahaja kertas cawan itu. Sekejap ia diletakkan di atas meja. Sekejap ia diletakkan di dalam laci almari. Begitulah bertukar-tukar tempat si kertas cawan ni berpindah-randah. Sudahnya, tidak terguna juga.

Beberapa hari yang lepas, saya mula mengkaji tentang cupcake. Ya la, cupcake selalunya dihiasi dengan krim yang berwarna dan ada juga direka bentuk bunga yang cantik. Timbul rasa ingin buat cupcake sendiri. Saya kan suka akan kecantikan.

Kaji punya kaji. Rupa-rupanya cupcake dan muffin berbeza. Ingat sama !

Memandangkan saya sudah tahu serba sedikit perbezaan antara kedua-dua makanan ini, maka, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya tahu. Yang saya tahu la ya, mungkin pandangan sesetengah dari anda berbeza.

Saya hanya kongsikan dua perbezaan sahaja kali ini. Oleh kerana, saya akan ceritakan pada satu lagi artikel lain yang terkandung penuh berkaitan cupcake dan muffin selepas ini.

Baik…

Perbezaan pertama, saya dapat lihat ketika membuat perbandingan resepi kedua-duanya. Inilah bezanya. Beza dan memang betul-betul beza. Takkan beza betul? Pandai pula anda bertanya ya.

Sebenarnya resepi lebih kurang sahaja. Boleh dikatakan sama sahaja. Hah, jadi apa bezanya? Bezanya pada kuantiti bahan resepi itu! Inilah beza yang saya katakan tadi. Oleh kerana, kuantiti bahan yang disukat itu berbeza juga akan memberi kesan kepada tekstur dan hidangan mengikut musim yang sesuai. (Akan diceritakan lebih lanjut pada artikel akan datang, oleh kerana, pada hari ini saya ingin bersantai-santai sahaja menulis).

Kuantiti bahan. Tepung yang digunakan dalam menghasilkan muffin lebih banyak berbanding cupcake. Manakala, kandungan gula yang digunakan dalam menghasilkan muffin pula lebih sedikit berbanding cupcake.

Okay, anda sudah tahu satu perbezaan kedua-dua makanan ini, iaitu perbezaan pada kuantiti resepi bahan.

Perbezaan kedua pula adalah dari segi tekstur.

Tekstur cupcake lebih padat dan berat berbanding cupcake. Oleh kerana, muffin menggunakan tepung lebih banyak berbanding cupcake. Malah, cupcake dikatakan seakan-akan mempunyai tekstur kek. Cuma dalam bentuk yang kecil sahaja.

Dan ada beberapa lagi elemen perbezaan cupcake dan muffin ini. InsyaAllah, doakan saya dapat berkongsi dengan lebih banyak lagi ilmu baking kepada anda.

Namun, kedua-dua perbezaan ini sudah cukup membuka mata saya dalam mengenalpasti akan perbezaan antara muffin dan cupcake. Anda pula macamana, adakah ilmu kali ini membantu anda?

Itulah dua perbezaan antara cupcake dan muffin. Kisah kertas cawan tak terguna dan terbiar di dalam laci almari diharapnya tidak berulang lagi !

Kongsikan pengalaman anda menghasilkan cupcake atau muffin di bawah.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *