Siapa suka kek cheese atau kek keju memang akan teruja apabila melihatnya tersusun pada rak kedai kek. Kek cheese ini selalunya ada dua jenis iaitu kek cheese yang dibakar dan tidak perlu dibakar yang dipanggil sebagai unbaked cheese cake. Resepi kali ini, kek cheese bakar akan diberikan kepada anda.
Kali ini, saya akan tunjukkan satu resepi ringkas kek cheese yang berhiaskan krim dan buah kiwi. Rasanya yang lazat ini digemari oleh keluarga.
Dalam resepi ini, sebenarnya saya terlupa ingin letakkan susu. Tetapi, mujur kejadiannya elok dan sedap. Asalkan kek lembut dan menggunakan cheese daripada jenama Beqa Tatura Cream Cheese. Cheese asli pasti menghasilkan kek cheese yang sedap, bukan?
Tanpa melengahkan masa, resepi kek cheese buah kiwi ditunjukkan di bawah :
Bahan-bahan A :
250 g Tatura Cream Cheese
40 g Buttercup atau mentega
15 g gula (dikisar halus) atau gula kastor
5 biji kuning telur
50 g tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
20 g tepung jagung
Bahan-bahan B :
5 biji telur putih
50 g gula (dikisar halus) atau gula kastor
Bahan hiasan kek :
Non-diary whipped cream atau krim putar non-diary
Buah kiwi yang dipotong
Cara membuat :
- Letakkan Tatura Cream Cheese dan Buttercup ke dalam bekas. Dengan menggunakan alat beater (boleh juga gunakan alat whisk) stand mixer, pukul cheese dan buttercup sehingga pucat dan sedikit kembang.
- Masukkan gula dan pukul sehingga adunan sebati.
- Masukkan kuning telur dan pukul sehingga adunan sebati.
- Dengan menggunakan camca logam atau sudu, kaup balik adunan tadi bersama tepung gandum, serbuk penaik dan tepung jagung.
- Asingkan bekas.
- Kali ini dengan menggunakan bekas yang lain. Pastikan bekas bersih dan betul- betul kering.
- Masukkan putih telur dan gula di dalam bekas yang lain. Dengan menggunakan alat whisk stand mixer, pukul sehingga kembang. Salah satu cara menguji putih telur betul-betul kembang adalah dengan menterbalikkan bekas dan adunan tidak jatuh.
- Masukkan sedikit adunan A tadi ke dalam adunan B. Kaup balik menggunakan camca logam. Pastikan adunan tidak jatuh sepenuhnya. Ini bagi memastikan kek sentiasa dalam keadaan kembang dan lembut.
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam bahan B. Kaup balik menggunakan camca logam. Sama juga seperti tadi, pastikan adunan tidak jatuh sepenuhnya.
- Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi.
Tips:
- Sukatan dalam tsp boleh digunakan dengan sudu khas yang bertanda tsp. Boleh beli di shopee. Klik di sini.
- Putih telur dapat berkembang dengan cantik sekiranya bekas dan alat yang digunakan bersih daripada sebarang bahan asing termasuk setitis air pun.
- Kaup balik bahan A dan bahan B perlu lebih berhati-hati dan cepat-cepat. Ini bagi mengelakkan adunan jatuh yang boleh menyebabkan kek bantat atau tidak gebu. Jika risau adunan jatuh, kaup balik tidak perlu terlalu sempurna. Ia lebih selamat lagi.
Selepas kek sedikit sejuk, ambil sedikit non-diary whipped cream dan pukul dengan menggunakan alat whisk stand mixer. Krim ini akan berkembang dengan banyak berbanding sebelum dipukul. Kemudian, sapu krim tersebut ke atas kek. Hias bersama buah kiwi.
Stand mixer yang digunakan dalam resepi ini adalah daripada jenama Morgan. Klik di sini jika anda mencari stand mixer.
Rasanya lazat dan sedikit manis. Kek tidaklah terlalu manis kerana gula sudah pun dikurangkan. Krim di atas kek rasanya sudah manis dan ini menjadikan gabungan buah kiwi dan kek cheese menjadi lazat.
Jom lihat video hasilkan kek cheese kiwi di bawah. Mungkin video ini membantu anda menghasilkan kek dengan teknik yang betul.