Tentang kami

Cinta baking ini diwujudkan kerana minat dalam bidang baking sejak di bangku sekolah lagi.

Bukan sahaja buku resepi bertulisan Bahasa Melayu, buku resepi dwibahasa Cina dan English juga pernah dibeli ketika itu. Apa yang mengejutkan buku itu menjadi. Ketika itu rasa seperti ‘Wow’ sangat dengan buku bukan dari Bahasa Melayu sendiri.

Pada ketika itu, buku resepi yang dijual di kedai-kedai menjadi rujukan. Namun, tidak semua buku resepi menjadi. Malah, lebih banyak tidak menjadi daripada menjadi. Ciri-ciri buku resepi yang bagus menjadi kesayangan sehingga ke hari ini walaupun lebih sedekad membelinya.

Kini, di internet penuh tips dan resepi boleh didapati. Malah, chef pun ramai juga membuat kelas baking.

Nak dapatkan hasil yang sedap, gebu dan bentuk yang menarik, banyak faktor yang memainkan peranan ketika penghasilannya. Contoh jenis oven yang mempunyai kipas di atas adunan berpusing untuk meratakan suhu di dalamnya tidak sesuai membuat kek. Ini kerana adunan kek yang ringan dan angin kipas berpusing menjadikan bentuk atas adunan ikut sama berpusing. Hasilnya bentuk atas kek menjadi bentuk lingkaran bulat. Namun, anda boleh sahaja memotong bahagian atas apabila ingin meletakkan krim di atas kek. Ianya terpulang kepada kreativiti anda.

Bukan sahaja cintabaking fokus kepada baking semata-mata. Namun, cintabaking ingin menginovasikan pembuatan baking dengan bahan-bahan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Mungkin hasilnya menjadi lebih lazat. Mana tahu selepas ini dunia baking menjadi makanan yang sihat, insyaAllah.

Dengan adanya platform cintabaking ini, anda boleh menggunakan mana-mana resepi dan tips untuk anda mulakan dunia baking anda. Semoga hasil dari air tangan anda sendiri memberi kegembiraan kepada ahli keluarga anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *