Ketahui 6 Rujukan Yang Menjadikan Anda Seorang Baker yang Berjaya

Seringkali di Malaysia akan ada makanan viral yang disebarkan orang ramai di media sosial. Sudah pasti sesetengah dari anda sangat teruja ingin membuat sendiri makanan viral tersebut. Ini termasuklah pembuatan roti yang unik dan nampak sedap, kek cheese jepun yang gebu nampak sangat meliurkan, chocolate chip cookies yang kecil molek dijadikan kudapan manis.

Sesetengah dari anda ada yang bukanlah ingin menjadi baker yang professional yang hebat. Sekadar menjadi seorang baker untuk ahli keluarga sahaja sudah memadai. Janji sedap untuk dimakan.

Teruskan bacaan anda supaya anda dapat mengetahui beberapa rujukan yang anda boleh dapatkan. Rujukan no 5 dan no 6 adalah teknik percuma dan efektif untuk anda.

1. Kursus atau kelas

Rujukan pertama buat anda adalah dengan menghadiri ke kursus atau kelas yang diadakan mana-mana organisasi. Bukan sahaja organisasi yang dijalankan oleh kerajaan, tetapi anda juga boleh juga hadiri ke kelas yang dijalankan oleh kedai bakeri yang diuruskan oleh pemilik kedai itu sendiri.

Tambahan pula sekarang sedang PKP, maka makin rancak pula kelas secara online. Ini dapat dilihat apabila banyak juga daripada mereka mengumumkan kelas online melalui iklan di media sosial.

biskut coklat

2. Orang berpengalaman

Rujukan seterusnya yang paling efektif adalah daripada ibu bapa anda sendiri atau orang yang lebih berpengalaman. Ini kerana skill dari ibu bapa adalah paling dekat dan paling mudah anda ikuti. Maklumlah, tunjuk ajar ibu bapa adalah yang terbaik.

Orang berpengalaman seperti saudara rapat anda yang mahir baking juga boleh dirujuk. Di sini penting juga untuk anda sering bertanya kepada mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut. Mereka pasti mempunyai teknik tertentu dan membantu anda memahami teknik yang anda perlukan.

3. Ebook atau video beli dari Chef

Ebook adalah seperti buku secara online. Anda boleh membaca resepi di ebook melalui pdf file. Biasanya ebook ini dijual oleh beberapa chef mahupun orang yang berpengalaman Di internet.

Sama juga video yang dikeluarkan oleh mereka yang anda boleh dapatkan. Sesetengah daripada anda lebih selesa menonton resepi melalui video berbanding tulisan melalui ebook. Ini kerana video mengandungi gerakan tangan dan adunan yang ditunjukan setiap saat atau minit untuk anda tontonkan. Terpulang kepada anda mana satu pilihan anda inginkan. Sudah pasti pilihan anda adalah pilihan yang terbaik.

4. Buku resepi

Buku resepi didapati di kedai-kedai mahupun di kedai online. Kandungan dalam buku resepi terdapat beberapa resepi berserta bahan-bahan yang diperlukan dan langkah-langkah setiap resepi. Walaupun buku resepi adalah teknik lama untuk membuat makanan berasaskan baking, namun ia masih releven sehingga kini.

Sebenarnya, buku resepi yang dibeli lebih 10 tahun dulu telah membantu saya menghasilkan kek yang gebu dan sedap. Jadi, buku resepi adalah salah satu rujukan yang sangat baik untuk anda.

5. YouTube video

Sebelum ini anda sudah jelas keempat-empat rujukan yang ada untuk anda pilih dan dapatkannya. Namun, keempat-empat rujukan sebelum ini memerlukan anda mengeluarkan duit anda untuk dapatkannya. Tidak seperti rujukan dari YouTube kerana ia adalah rujukan yang percuma buat anda. Malah, pelbagai sumber yang boleh anda dapatkannya.

6. Blog

Blog adalah satu platform di mana sesetengah blogger berkongsi maklumat kepada orang ramai. Ini termasuklah pelbagai resepi telah dikongsi oleh blogger. Ya, begitu banyak resepi yang telah dikongsikan oleh mereka. Anda boleh ambil peluang ini untuk mencuba resepi yang mereka kongsikan.

Caranya mudah sahaja, hanya google sahaja nama makanan yang anda ingin hasilkan. Selalunya, blog banyak papar di skrin google anda.

Inilah 6 rujukan yang menjadikan anda seorang baker yang berjaya. Skill baking perlu juga diasah sehingga anda benar-benar yakin dengan skill anda.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *