Ketahui 3 Petua Memukul Putih Telur Sehingga Kembang

Putih telur yang kembang menjadikan kek anda lebih gebu dan lembut. Jika kena dengan resepi anda, bukan sahaja lembut, malah pasti lazat sekali.

Jom ketahui petua menjadikan putih telur anda kembang bak salju. Petua yang ketiga adalah paling penting. Ini kerana petua ketiga adalah kunci untuk menjadikan putih telur anda berkembang. Jika tidak menggunakan petua ketiga ini, putih telur anda tidak akan berkembang.

1. Putih telur dipukul menggunakan pemukul mixer

Pukul putih telur secara manual amat memenatkan. Ini kerana ia perlu dipukul dengan lama dan laju pula tu. Tangan anda boleh jadi lenguh pula.

Petua pertama bagi memudahkan anda memukul putih telur dengan cepat dan hasil yang memuaskan adalah dengan menggunakan mixer. Sama ada hand mixer atau stand mixer. Kedua-dua jenis mixer ini sangat sesuai buat anda untuk memukul putih telur sehingga kembang dengan lebih cepat.

Terdapat beberapa jenama mixer yang boleh anda dapatkan. Antaranya adalah :

Hand mixer daripada jenama Panasonic. Boleh dapatkan di shopee (klik di sini)

Stand mixer daripada jenama Morgan. Boleh dapatkan di shopee (klik di sini).

biskut coklat badam

2. Adunan putih telur dicampur ke dalam adunan lain

Tekstur adunan putih telur bergantung kepada bahan-bahan yang anda gunakan. Selalunya, putih telur akan dicampur bersama dengan gula untuk mendapatkan hasil yang lebih licin dan tidak berketul.

Namun, ada satu petua apabila ingin mencampurkan adunan putih telur yang sudah kembang ke dalam adunan kuning telur. Caranya adalah dengan mengaup balik sedikit adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Setelah sedikit sebati, barulah tambah kesemua adunan putih ke dalam adunan kuning telur.

Petua ini memerlukan skill juga. Oleh kerana, kemungkinan putih telur untuk jatuh atau turun balik. Jadi, anda perlu praktis juga supaya hasilnya sentiasa gebu sehingga adunan siap dibakar.

3. Putih telur dimasukkan ke dalam bekas yang bersih dan kering

Pernah tak anda memukul putih telur, tetapi tidak kembang-kembang. Pasti ada perkara yang tidak kena, bukan?

Petua yang ketiga adalah dengan menggunakan bekas yang bersih dan kering. Ya, inilah petua yang anda patut tahu !

Jika anda menggunakan bekas yang masih basah, putih telur anda tidak akan berkembang. Disebabkan itulah, putih telur anda tidak kembang-kembang.

Sekarang, anda sudah tahu petua menjadikan putih telur kembang? Harap petua ini membantu anda membuat kek yang lebih lembut atau kuih yang gebu. Jika anda mempunyai kemusykilan atau pendapat lain, bolehlah kongsi di bawah.

biskut coklat badam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *