5 Perkara Tentang Tepung Gandum Penuh Untuk Anda Tahu

Rata-ratanya sudah mengetahui bahawa tepung gandum penuh ini mengandungi sumber yang baik. Kandungan penuh ini yang masih kekal dan tidak diproses yang mengasingkan sebahagian khasiat yang baik. Khasiat ini terdapat pada ketiga-tiga komponen sebiji gandum yang dikenali sebagai bran, endosperm dan germ.

Bagi anda yang ingin menambah ilmu tentang perniagaan bakeri dari rumah, anda boleh dapatkan ebook bisnes bakeri (klik di sini). 

Bran, endosperm dan germ merupakan tiga komponen dalam sebiji gandum. Oleh itu, tepung gandum penuh mengandungi ketiga-tiga komponen tersebut. Bagi anda yang ingin mendapatkan tepung gandum penuh, boleh dapatkan di shopee (klik di sini). Jom kenali 5 perkara tentang tepung gandum penuh untuk anda tahu.

Picture Designed From Freepik

1. Mengandungi karbohidrat dan serat yang mengenyangkan

Tepung gandum penuh mengandungi karbohidrat dan serat yang mengenyangkan. Sumber utama karbohidrat adalah kanji. Apabila disebut kanji, ia dikaitkan dengan glucose di mana ia boleh memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau. Oleh kerana, ia mengandungi serat yang membantu melancarkan penghadaman anda. Tambahan pula, kandungan karbohidrat dan serat ini boleh memberi tenaga kepada seseorang.

biskut coklat badam

2. Mengandungi protein untuk dijadikan adunan roti

Tepung terkenal dengan kandungan protein. Ia juga dikenali sebagai gluten yang dapat membentuk adunan dengan lebih sempurna dan elok. Ini kerana sifat elastik dan lekit adunan disebabkan oleh protein ini sangat sesuai untuk dijadikan roti.

Namun, gluten boleh mencetus tindak balas imunisasi bagi sesetengah orang. Bagi anda yang mempunyai masalah alah gluten ini, boleh mencari alternatif lain untuk mendapatkan hasil makanan yang lebih lazat.

3. Mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan

Selain itu, tepung gandum penuh kaya dengan vitamin dan mineral. Ia mengandungi vitamin E dan juga Vitamin B seperti thiamine, riboflavin dan niacin.

Antara kandungan mineral dalam tepung gandum penuh adalah selenium, magnesium, zinc dan iron. Mineral ini bagus untuk kesihatan. Sebagai contoh, zinc membantu menguatkan imunisasi tubuh badan sekaligus melawan virus. Manakala, magnesium membantu menguatkan jantung dan tulang.

Dikatakan bahawa kandungan mineral bergantung kepada jenis tanah yang digunakan ketika menanam gandum itu.

4. Dapat mengurangkan risiko terkena pelbagai jenis penyakit

Tepung gandum penuh dapat mengurangkan risiko terkena pelbagai jenis penyakit. Dengan memakannya, ia meserap ke dalam tubuh anda secara perlahan dan berperingkat. Oleh kerana, kandungan serat dan lain-lain yang ada pada tepung itu tersendiri. Ini menjadikan proses penghadaman anda lebih lancar sekaligus mengurangkan terkena kanser usus.

Berbeza pula dengan tepung putih yang sudah diproses. Tepung putih akan diserap ke dalam tubuh dengan cepat. Ini akan mengakibatkan lonjakan insulin dan gula dalam darah. Disebabkan itu, tepung gandum penuh dapat mengurangkan risiko terkena diabetes berbanding tepung putih.

Namun, buat anda yang mempunyai masalah sindrom iritasi usus perlu dielakkan memakannya pula. Bagi anda yang tidak mempunyai masalah, tepung gandum penuh merupakan pilihan yang terbaik.

5. Boleh menghasilkan pelbagai jenis makanan

Bukan sahaja mengandungi khasiat yang tersendiri, malah tepung gandum penuh boleh menghasilkan juadah yang lazat. Antara makanan yang boleh dihasilkan adalah roti, pasta, bihun dan lempeng.

Jika ditanya, saya lebih suka mencampurkan tepung putih dalam tepung gandum penuh. Ini kerana adunan yang dihasilkan lebih elok lagi. Mungkin anda mempunyai cara yang tersendiri dalam masakan dengan menggunakan tepung gandum penuh ini. Cuba nyatakan komen anda di bawah. Mana tahu ia boleh memberi manfaat kepada orang lain juga.

Nota tambahan : Tepung gandum yang ada di pasaran selalunya sudah diproses. Ini menyebabkan banyak khasiat tepung hilang. Oleh kerana, bahagian bran dan germ yang banyak khasiat diasingkan daripada endosperm. Oleh itu, tepung gandum penuh boleh didapati di kedai bakeri atau di kedai shopee (klik di sini) untuk anda dapatkannya.

biskut coklat badam

1 thought on “5 Perkara Tentang Tepung Gandum Penuh Untuk Anda Tahu

  1. Pingback: Ketahui 3 Komponen Biji Gandum Untuk Anda Tahu – Cinta Baking Untuk Semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *