Kenali Perbezaan Antara Conventional Oven dan Convection Oven Untuk Anda Sebagai Seorang Baker

Sebagai seorang baker, anda sudah pun didedahkan dengan pelbagai jenama oven di pasaran. Ini termasuklah pelbagai fungsi yang dilengkapi, rekabentuk segi empat yang menarik, pintu kaca yang memudahkan untuk melihat hasil makanan dan lampu oven di dalamnya.

Baru-baru ini, saya telah mengkaji tentang fungsi oven. Terutamanya oven elektrik yang mudah sahaja digunakan di dapur rumah anda. Apa yang saya dapati adalah oven yang semakin canggih terdapat lebih 10 fungsi membakar untuk anda gunakan.

Namun, hari ini biarlah saya menceritakan perbezaan antara dua jenis oven yang dikenali sebagai conventional dan convection oven terlebih dahulu.

convection oven

Food vector created by vectorpocket – www.freepik.com

Conventional oven ini lebih dikenali sebagai oven tradisional dengan pembakaran api atas dan bawah. Oven jenis ini sesuai untuk membakar kek lembap, roti (quick bread) dan kastard filling. Ia membakar makanan pada bahagian atas dan juga bahagian bawah.

Bagaimana pula dengan convection oven? Oven jenis ini pula sesuai untuk membakar biskut dan daging. Malah, boleh juga membakar kek dan roti dan kemungkinan hasilnya yang sedikit kering. Ini kerana convectional oven mempunyai kipas di samping api atas dan bawah.

Kelebihan convection oven ini adalah pembakaran di dalam oven yang lebih sekata. Malah, makanan anda juga lebih cepat masak. Ini bermakna anda tidak perlu memusingkan loyang atau tray untuk mendapatkan hasil yang sama. Ini bermakna, makanan anda bukan sahaja cepat masak dengan fungsi kipas. Malah, ia juga menjimatkan masa anda.

Convection oven menghasilkan haba yang menyeluruh di setiap sudut dalam oven. Makanan di dalam oven juga dapat dibakar dengan lebih sekata.

Berbeza dengan conventional oven yang sesuai hanya membakar pada satu tingkat tray sahaja. Convection oven boleh membakar lebih satu tingkat, malah boleh membakar pelbagai jenis makanan.

Kekurangan convection oven adalah hasil kek yang kering. Penyelesaian bagi pengguna convection oven adalah menggunakan teknik water bath. Teknik ini memerlukan satu loyang berisi air dan diletakkan di bawah tingkat kek. Dengan menggunakan teknik ini, udara panas yang lembap dapat dihasilkan. Hasil kek juga lembap !

Jadi, pilihan oven yang mana satu untuk anda dapatkan? Tiada pilihan ! Oleh kerana oven terkini sudah pun dilengkapi dengan pelbagai jenis fungsi untuk hanya satu oven sahaja. Menarik, bukan?

Ini bermaksud anda boleh memilih satu oven yang mempunyai kedua-dua jenis fungsi conventional dan juga convection.

Sebagai contoh oven dari jenama SSODD yang dilengkapi beberapa fungsi membakar seperti :

  1. Top Heating
  2. Bottom Heating
  3. Top and Bottom Heating
  4. Top and Bottom Heating + Convection
  5. Top and Bottom Heating + Rotisserie
  6. Top and Bottom Heating + Convection + Rotisserie
  7. Rotisserie
  8. Convection Function

Oven SSODD berkapasiti 100 L sesuai buat anda yang ingin menjimatkan masa membakar lebih satu tray dalam satu masa.

Dapatkan di Shopee (SSODD 100 L)

Oven SSOD berkapasiti 60 L ini sesuai buat anda yang ingin membakar dalam skala yang sederhana atau bisnes secara kecil-kecilan.

Oven ini boleh dimasukkan 2 loyang bersaiz 8 inci.

Dapatkan di Shopee (SSODD 60 L)

Oven SSODD berkapasiti 45 L ini lebih kecil sesuai buat anda yang ingin memasak dalam skala yang kecil.

Dapatkan di Shopee (SSODD 45 L)

Kelebihan conventional oven :

  1. Kebanyakan resepi menggunakan oven jenis ini.
  2. Konsep yang berkaitan dengan kaedah masakan biasa.
  3. Sesuai untuk membakar kek dan roti.

Kelebihan convection oven :

  1. Tidak perlu menukar posisi loyang untuk mendapatkan hasil yang sekata.
  2. Pembakaran yang lebih cepat.
  3. Makanan dibakar dengan sekata
  4. Boleh meletakkan makanan lebih satu tingkat tray.
  5. Menghasilkan keperangan yang cantik dan lebih rangup.
  6. Boleh memasak beberapa jenis makanan di dalam satu masa.
  7. Boleh membakar kek, biskut, roti, daging dan sayur.
biskut coklat

Cinta Baking juga berkongsikan beberapa tips baking untuk anda seorang baker yang berjaya di rumah untuk keluarga dan bisnes secara kecil-kecilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *