Kenali 11 Fungsi Oven yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda bahawa oven mempunyai pelbagai jenis fungsi untuk pelbagai jenis makanan untuk dibakar. Ya, pelbagai fungsi untuk hanya satu oven sahaja.

Bukan sahaja anda boleh membakar biskut, kek dan roti, malah anda boleh memanggang daging dan ayam. Hanya menggunakan satu oven sahaja ! Jom kenali apakah fungsi yang terdapat pada oven yang semakin canggih kiniā€¦

1. Fungsi kipas

Fungsi kipas sesuai digunakan untuk membakar makanan dengan beberapa lapisan dulang (bertingkat) di dalam oven. Fungsi ini mempercepatkan pemanasan di dalam oven dengan lebih cepat dan lebih efisien lagi.

Ia boleh digunakan untuk membakar biskut, muffin dan cupcakes pada beberapa lapisan dulang. Jika anda ingin menghasilkan daging yang lebih lembut dan separuh masak, fungsi ini adalah sesuai digunakan.

Namun, saya jarang menggunakan fungsi ini. Ini kerana terdapat beberapa fungsi lain seperti api atas dan bawah berserta kipas.

biskut coklat

2. Fungsi api atas dan bawah (conventional oven)

Fungsi ini terdapat pada conventional oven atau tradisional oven dengan pembakaran api atas dan bawah. Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk membakar daging, sayur dan kek.

Sesuai untuk membakar kek coklat moist !

Sesetengah baker menggunakan fungsi ini untuk membakar kek supaya kek tidak mudah kering dan lebih lembap.

Selain itu, fungsi ini sesuai juga membakar biskut, muffin dan pelbagai jenis makanan pada satu lapisan dulang. Ini bagi memastikan makanan anda dibakar dengan lebih baik.

Ia dilengkapi dengan api atas dan api bawah. Kadang-kala pemanasan atas lebih panas menjadikan bahagian atas makanan anda lebih keperangan. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi, kedudukan dulang yang sesuai di dalam oven juga memainkan peranan juga.

3. Api atas dan bawah serta kipas (convection oven)

Fungsi kipas ini terdapat pada convection oven. Pemanasan menggunakan kipas membenarkan udara panas mengelilingi makanan di dalam oven anda. Fungsi kipas ini juga menjadikan makanan anda lebih rangup, keperangan dan cepat masak.

Boleh juga membakar cookies dengan beberapa tingkat lapisan dulang. Ini kerana pengaliran udara panas yang menyeluruh menjadikan kesemua cookies dapat dibakar dengan sekata. Fungsi ini sesuai digunakan untuk membakar roti, cookies atau biskut dan membakar ayam.

Ada yang mengatakan bahawa oven jenis ini tidak sesuai untuk membuat kek coklat moist kerana kek mudah menjadi kering. Sebagai penyelesaian fungsi ini, anda boleh menggunakan teknik water bath ketika menggunakan fungsi jenis ini.

Pilihan yang terbaik adalah dapatkan oven convection yang boleh tutup fungsi kipas ini. Ini bermakna anda boleh menggunakan oven dengan fungsi yang lain juga atas keperluan anda.

4. Fungsi api bawah dan kipas

Pemanasan dari bawah ini sesuai digunakan apabila anda ingin mengekalkan warna biskut pada bahagian atas. Sebagai contoh biskut tart nenas yang kekal dengan warna asal menjadikan biskut yang lebih nampak menarik.

Selain itu, fungsi ini juga boleh digunakan untuk membakar pizza, pelbagai jenis tart dan pie dan roti.

5. Fungsi api bawah

Kali ini tanpa kipas pula. Selalunya fungsi ini sesuai digunakan untuk membakar pizza. Ini kerana untuk mendapatkan hasil yang rangup di bahagian bawah pizza. Dan juga mengelakkan topping di bahagian atas pizza menjadi rangup pula.

6. Fungsi api atas

Sesuai untuk membuat kek lapis. Ini kerana lapisan kek lapis bahagian bawah sudah pun dibakar sebelumnya. Oleh itu, lapisan baru di atas sahaja perlu dibakar. Jadi, fungsi api atas ini berupaya untuk membakar kek lapis bahagian atas.

Ada juga yang mengatakan tidak sesuai untuk kek lapis kerana kek akan menjadi kering. Jadi, fungsi grill seterusnya mungkin lebih sesuai. Namun, ia bergantung kepada hasil yang anda inginkan.

Fungsi ini juga sesuai untuk membakar kek cheese dan membakar tart filling. Selalunya, tart sudah dibakar sebelum ini, jadi filling di atas tart sesuai dibakar menggunakan fungsi ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk mencairkan topping cheese atas pizza sebagai contoh.

7. Fungsi panggang (grill) dan kipas

Selalunya, oven akan dinaik taraf dengan fungsi yang pelbagai seiring dengan peredaran zaman. Bukan sahaja kek, biskut dan roti yang boleh dibakar menggunakan oven yang sama. Malah, anda juga boleh memanggang ayam di dalam oven yang sama dengan hanya menetapkan fungsi panggang.

Fungsi ini juga boleh digunakan untuk memanggang daging yang tebal seperti daging lembu. Sudah tentu masa memanggang juga sedikit lama kerana ketebalan daging tersebut.

Selain daging dan ayam, anda juga boleh memanggang sosej, sayur dan kentang. Bagi anda yang ingin menghasilkan kerangupan lapisan atas pasta pun boleh juga.

8. Fungsi panggang

Sebelum ini fungsi panggang berserta kipas. Kali ini, fungsi panggang sahaja. Ia sesuai memanggang daging yang lebih kecil dan lebih lembut.

Anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk mencairkan cheese di atas roti atau lasagna.

9. Rotisserie

Bukan sahaja memanggang ayam, malah ayam anda boleh digolekkan di dalam oven pula tu. Ini menjadikan ayam anda masak dengan lebih sekata. Anda juga tidak perlu menterbalikkan ayam itu untuk memastikan ayam itu masak dengan sekata. Lebih mudah dengan adanya fungsi rotisserie ini.

Lemak daging pada ayam akan menitis di atas permukaan bawah ketika ayam digolekkan di dalam oven. Bagi anda yang ingin mengasingkan lemak dari ayam ini, fungsi ini adalah sesuai untuk anda.

Tambahan, anda boleh gunakan fungsi ini untuk membakar ikan dan kebab.

10. Fermentation

Ada juga oven yang dilengkapi dengan fungsi fermentation ini. Ia membenarkan yis di dalam adunan roti anda bertindak balas sehingga menaikkan doh dua kali ganda pada suhu yang optimum. Selain doh roti, fungsi ini juga boleh digunakan untuk menapai yogurt atau makanan lain yang melibatkan penapaian.

11. Defrost

Jika oven anda mempunyai fungsi defrost ini, anda boleh menggunakannya untuk mencairkan ais atau menyahbeku makanan seju beku. Lagi-lagi jika anda terlupa untuk mengeluarkan makan sejuk beku terlebih dahulu. Fungsi ini membantu anda mempercepatkan proses nyah beku.

Simbol defrost kipas mungkin berlainan setiap oven (ada yang menggunakan simbol ais). Fungsi defrost tidak menghasilkan haba. Sekadar kipas yang mempercepatkan proses menyahbeku makanan anda.

Oven adalah alat pembakar kuih, biskut, kek, roti, daging, ayam, tart dan pelbagai jenis makanan lain. Cara penggunaan akan menjadi mudah setelah anda faham keadaan oven anda. Masa dan suhu sangat penting bagi menghasilkan kuih anda yang sedap dan mengikut citarasa anda.

Jika anda berminat untuk mengetahui selok-belok memulakan perniagaan bisnes bakeri, anda boleh dapatkan info lengkap di website bisnes bakeri (klik di sini).

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *