Kenali 2 Bahan Ejen Penaik Untuk Anda Hasilkan Kek dan Cookies yang Sedap

Bagi anda yang sudah biasa membuat kek atau cookies, pasti anda menjumpai pebagai resepi. Sudah tentu resepi yang terbaik menghasilkan kek atau cookies yang sangat lazat. Namun, tahukah anda terdapat 2 bahan ejen penaik yang bertindak balas dengan bahan-bahan adunan anda?

Bahan tersebut adalah soda bikarbonat dan baking powder. Ya, anda selalu lihat dua bahan ini di dalam buku resepi, bukan? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan kedua-dua ejen penaik ini.

biskut coklat

1. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat adalah salah satu bahan ejen penaik atau dikenali sebagai “chemical leavening”. Ia mengandungi sodium bicarbonate (bicarbonate of soda). Apabila ia dicampurkan bersama dengan adunan yang mengandungi bahan yang berasid, ia akan mula bertindak balas. Bahan asid ini boleh didapati dalam mentega, jus lemon, yogurt, krim masam, molasses dan madu.

Apakah ciri soda bikarbonat ini? Cirinya adalah ia merupakan sejenis alkali. Bahan alkali bermakna ia mempunyai pH yang tinggi iaitu antara 8 sehingga 9. Disebabkan ciri alkali ini menjadikan ia sedikit pahit dan boleh menjejaskan rasa kek atau cookies jika diletak secara berlebihan.

2. Baking powder

Sama juga seperti soda bikarbonat, baking powder juga adalah bahan ejen penaik. Ia juga merupakan salah satu bahan yang akan dicampurkan bersama dengan adunan kek atau cookies anda.

Bahannya sedikit berbeza dengan soda bikarbonat. Baking powder mengandungi sodium bicarbonate dan bahan asid. Ini bermakna nilai pH baking powder menjadi lebih rendah berbanding soda bikarbonat. Rasanya juga lebih neutral, iaitu tidak terlalu pahit.

Seterusnya, baking powder akan bertindakbalas apabila bercampur dengan adunan lain yang mempunyai cecair. Tindakbalas ini melibatkan penghasilan karbon dioksida. Karbon dioksida ini merupakan sejenis gas yang wujud di ruang udara. Bayangkan jika gas ini terbentuk dalam penghasilan kek. Adunan kek anda akan mengembang disebabkan gas ini !

Ini kerana gas karbon dioksida menghasilkan gelembung udara untuk menjadikan kek anda lebih gebu dan ringan.

Oh ya, pasti anda pernah terjumpa 2 jenis baking powder iaitu single action dan double action baking powder. Anda boleh dapatkannya di kedai bakeri.

Single action bermakna ia akan bertindakbalas apabila ia dicampur bersama dengan bahan yang mempunyai cecair. Manakala, double action pula melakukan tindakbalas sebanyak dua kali. Pertama, ia bertindakbalas apabila bercampur dengan bahan seperti single action. Dan yang kedua, ia bertindakbalas sekali lagi apabila adunan kek atau cookies di masukkan ke dalam oven yang panas.

Jadi, jelaslah bahawa kedua-dua bahan ejen penaik ini selalu digunakan dalam adunan kek dan cookies anda. Namun, bagaimana pula dengan keadaan kedua-duanya sama ada masih elok digunakan?

Jawapannya adalah dengan mencampurkan serbuk soda bikarbonat dengan sedikit cuka. Jika ia berbuih bermakna ia masih boleh digunakan. Manakala, bagi melihat keadaan baking powder pula adalah dengan mencampurkan satu sudu kecil baking powder ke dalam secawan air. Jika anda lihat terdapat buih terhasil di permukaan air tadi, maka ia masih boleh digunakan lagi.

Jom kongsikan pengalaman anda menggunakan bahan soda bikarbonat dan baking powder di ruang komen di bawah.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *