Skill Baking Perlu Dipupuk

      No Comments on Skill Baking Perlu Dipupuk

Teringat lebih 10 tahun yang lalu ketika berumur 14 tahun mula membuat kek. Masa itu, makanan kegemaran salah satunya adalah kek. Suka sangat makan kek sampaikan ingin buat sendiri. Ya lah, siapa lagi yang nak buatkan jika bukan diri sendiri. Nak tak nak. kenalah belajar buat kek sendiri.

skill baking

Entah bagaimana saya mulakan, namun buku resepi wajib ada untuk dijadikan sebagai rujukan. Pertama kali hasilkan kek, tidak menjadi. Kek menjadi bantat dan tak sedap. Walaupun kek bantat, adik-adik habiskan juga. Dan begitulah seterusnya kek yang dihasilkan masih tidak menjadi.

Pada masa itu, membaca buku resepi menjadi hobi pula. Orang lain membaca buku novel, tetapi lain pula saya membaca buku resepi.

Ingat lagi tahun pertama mencuba hasilkan kek tetapi tidak menjadi. Entah buku resepi ke berapa sudah dibaca namun tidak menjadi juga kek yang dihasilkan. Sehinggalah ketika saya berumur 16 tahun, saya terjumpa buku resepi yang saya rasakan menjadi dan memang ia menjadi pun.

Namun, kali ini saya bukan ingin fokus pada buku resepi, tetapi skill baking itu sendiri perlu dipupuk. Jika saya tidak membuat kesilapan yang banyak sebelum menjumpai buku resepi yang menjadi itu, sudah pasti saya tidak tahu di mana kesilapan saya yang saya patut elakkan.

Saya ceritakan satu kisah di mana mak saudara ketika itu asyik memuji jirannya membuat muffin coklat yang sedap. Saya meminta resepi yang dibuatnya. Dan saya hasilkan muffin tersebut dan hasilnya menjadi, gebu, moist dan sedap. Mak saudara melihat bagaimana saya lakukan dari A-Z.

Suatu hari, dia mengadu muffin dibuatnya tidak menjadi ! Ketika itu, saya juga tidak tahu apa silapnya sehingga tidak menjadi. Maklumlah, selama ini hanya main buatnya tanpa mengambil tahu apakah teknik yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Tetapi sayangnya, dia tak nak buat dah selepas itu. Kini tidak pula saya ambil tahu pasal muffin tersebut.

Apa yang saya nampak di sini, walaupun resepi yang terbaik diberi sekalipun, jika tidak dipupuk tetap tidak berjaya juga.

Skill sangat penting untuk dapatkan hasil yang bagus. Ia melibatkan keupayaan anda dalam menghasilkan kerja dengan lebih baik. Semakin lama anda membuat kek, roti, biskut atau seumpamanya, semakin anda menjadi mahir. Bukan sahaja hasil anda menjadi, namun masa menghasilkannya juga menjadi lebih cepat dan bentuk atau tekstur adunan lebih menarik.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *