Ketahui 7 Langkah Menggunakan Stand Mixer yang Anda Patut Tahu

Stand mixer tidak asing lagi dalam dunia baking. Siapa tidak kenal mixer ini, bukan? Selalu lihat di kaca televisyen melihat chef mengadun adunan menggunakan mixer. Di internet juga dengan mudah anda dapat lihat pelbagai jenis dan saiz mixer.

Bagi yang ingin memulakan baking pasti ragu-ragu ingin menggunakan mixer. Maklumlah, nama pun mixer yang bergerak dengan kelajuan motor yang tertentu membuatkan sesetengah wanita takut ingin gunakannya. Bagi wanita yang terbiasa menggunakan mesin, mungkin tiada masalah baginya. Di bawah adalah 7 langkah menggunakan stand mixer yang anda patut tahu. Mana tahu ia membantu anda menyesuaikan diri dengan mixer lepas ini.

stand mixer

1. Buka head mixer

Ya, anda perlu membuka head mixer ke atas supaya anda dapat memasang alat adunan dan bowl kemudian. Cara membukanya adalah anda perlu menekan butang atau switch di tepi mixer. Apabila anda menekan butang tersebut, head mixer akan terangkat dengan sendiri. Ada juga sesetengah mixer, anda perlu menekan butang ke belakang dan tolak sedikit head mixer. Dengan adanya butang ini, head mixer mudah diangkat secara mencondong.

2. Masukkan penutup bowl

Penutup bowl ini digunakan untuk menghalang dari bahan adunan tercampak keluar seperti tepung dan sebagainya. Langkah menutup penutup ini juga mengikut jenis mixer. Disebabkan saya menggunakan mixer jenama Morgan, maka langkah kedua adalah lebih sesuai. Adakalanya sesetengah mixer boleh menutup selepas memasang bowl dan juga boleh juga selepas meletakkan adunan di dalam bowl. Namun, langkah ini adalah pilihan di mana anda boleh abaikan sahaja atau ingin gunakannya. Ini kerana sesetengah orang lebih suka tidak menggunakan penutup bowl mixer ini. 

3. Masukkan alat adunan

Alat adunan ada tiga jenis, dough hook, whisk dan flat beater seperti dalam gambar rajah di bawah. Lubang yang hendak dimasukkan mungkin berbeza mengikut jenis mixer. Kebiasaannya, alat ini perlu di masukkan sahaja ke dalam lubang tersebut dan pusing sedikit alat adunan sehingga kedengaran bunyi. Jika tiada bunyi, cukup sekadar alat itu tidak tercabut apabila anda menarik alat.

4. Letakkan bowl dan pusingkan untuk menguncinya

Seterusnya, bowl diletakkan di atas tapak mixer. Biasanya tapak mixer itu ada rekaan tersendiri bagi mengunci bowl. Caranya anda perlu meletakkan dan memusing bowl mengikut lubang tapak mixer. Ini bagi membolehkan bowl berada pada kedudukan yang tetap ketika mixer sedang dijalankan.  

5. Masukkan bahan adunan

Kemudian, anda boleh masukkan bahan-bahan utama seperti mentega dan gula. Selepas bahan tersebut mengembang, barulah anda memasukkan bahan lain. Masa putaran untuk memukul bahan tersebut pula mengikut keperluan anda. Namun, nanti dulu. Langkah ini anda hanya perlukan masuk bahan utama. Jika anda membuat adunan roti, anda boleh memasukkan kesemua bahan yang diperlukan.

6. Tutup head mixer

Sebelum memasang suis mixer, head mixer perlu ditutup terlebih dahulu. Ia bagi membetulkan semula kedudukan head mixer kepada tempat asalnya. Caranya juga mengikut jenis mixer tersebut. Sebagai contoh mixer jenama Morgan ini, anda perlu menolak butang sedikit dan seterusnya head mixer ditekan ke bawah untuk kembali kepada kedudukan asal. Namun, jika head mixer pada awalnya dibuka tidak sepenuhnya, anda boleh sahaja menekan head mixer ke bawah tanpa menolak butang.

7. Mulakan putaran mixer

Sedia untuk adunan anda beraksi. Caranya adalah memusingkan kelajuan yang anda ingini. Mulakan dengan kelajuan yang rendah supaya tepung tidak berterabur. Selepas itu, anda boleh naikkan kelajuan mengikut keperluan anda.

Itulah tujuh langkah menggunakan stand mixer. Semakin lama anda menggunakannya, anda akan menjadi semakin mahir. Malah, hasil adunan juga akan menjadi lebih sedap dan mungkin lebih gebu. Maklumlah, hasil yang cantik memerlukan latihan yang berterusan. Bak kata orang, practice make perfect. Oh ya, jika anda ingin melihat jenis stand mixer, anda boleh tekan di sini.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *