3 Ciri-ciri Buku Resepi yang Bagus untuk Anda Dapatkannya

Sejak 14 tahun yang lalu, buku resepi menjadi rujukan untuk membuat kek dan biskut. Pelbagai buku resepi dibeli ketika itu. Bukan sahaja buku resepi dibeli di kedai-kedai, namun, resepi di akhbar dan majalah yang terselit di dalam muka akhbar dan majalah tersebut juga di koyak dan disimpan ketika itu. Memori sangat ketika itu. Ya lah, sekarang zaman internet, dah tak ramai yang membeli akhbar dan majalah pada masa kini.

Dalam banyak-banyak buku resepi, ada satu buku resepi kek yang menjadi ! Bertahun-tahun menggunakan buku resepi tersebut. Ya lah, buku itu sahaja yang menjadi jika nak dibandingkan buku-buku yang lain. Namun, buku ini sudah kena air tahun lepas. Mujur sempat di scan buku resepi tersebut dan masukkan ke dalam ipad. Masih boleh membuat kek dengan resepi yang sama sejak bertahun-tahun dulu ! 14 tahun guna buku ini !

buku resepi

Apa yang menarik tentang buku resepi ini? Semestinya ada sesuatu yang membuatkan saya rasa buku ini membantu saya menghasilkan kek yang gebu dan sedap. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui 3 ciri-ciri buku resepi yang bagus dan semestinya yang ketiga adalah tips yang paling berguna.

1. Gambar penghasilan kek

Pertama sekali, saya rasa buku resepi ini menarik kerana ada gambar ketika penghasilan kek. Bayangkan keadaan adunan kek apabila ditambah telur dapat dilihat dalam gambar. Pada ketika itu, langkah demi langkah saya akan pastikan adunan sama seperti dalam gambar.

Caranya saya ketika itu adalah dengan memukul adunan sehingga dapat hasil seperti dalam gambar. Selagi tidak dapat hasil tersebut, saya akan memukulnya dengan hand mixer sehingga menjadi. Ya lah, budak baru belajar tidak tahu tekstur adunan yang sebenar. Alhamdulillah, saya dapat hasil seperti dalam gambar yang ditunjuk dalam buku resepi ini.

biskut coklat

2. Masa yang ditetapkan ketika berputar

Bukan sahaja saya dapat lihat gambar, namun ada juga masa memukul adunan yang ditulis dalam buku ini. Sebagai contoh selepas memasukkan kuning telur di dalam adunan, hanya perlu diputar selama 20 saat supaya putih telur yang berkembang masih dalam keadaan kembang bak salju.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia baking, masa adalah sangat penting. Ini kerana mereka mudah rasa ragu-ragu dengan adunan yang dihasilkan. Bila ada rasa ragu-ragu memang tidak seronok kerana entah jadi atau tidak. Namun, jangan berputus asa kerana anda akan temui juga teknik yang betul setelah beberapa kali gagal. Malah mungkin anda akan temui teknik yang lebih mudah dan unik.

3. Tips ada ditulis dalam buku ini

Kali ini berkenaan tips. Jika dahulu, buku resepi sangat jarang bercerita mengenai tips dalam penghasilan kek. Hanya sekadar bahan-bahan yang diperlukan dan langkah-langkah sahaja. Namun, berbeza dengan buku ini, ada tips yang terselit dalam ayat-ayat yang ditulis. Apa yang saya nak ucapkan pada penerbit buku ini adalah ‘Terima kasih sangat-sangat hasilkan buku yang hebat ini’.

Apa yang saya dapat tips dalam buku ini ketika itu adalah pukul putih telur dalam mangkuk yang bersih ! Maksudnya, tiada air walau setitis pun dalam bowl mixer dan tiada bahan lain yang melekat di permukaan bowl mixer dan juga whisk. Benar-benar hanya putih telur sahaja. Dan hasilnya menjadi ! Dan ada beberapa lagi tips dalam buku ini.

Namun, buku ini saya tidak jumpa lagi di pasaran. Pernah juga saya mencarinya di internet, namun tidak jumpa. Saya ingin mencarinya untuk menggantikan buku yang rosak tempoh hari. Namun, tidak jumpa.

Inilah buku resepi yang saya gunakan sehingga ke hari ini. Dah rosak sebenarnya, jadi cukuplah saya lihat resepi yang sempat saya scan dan simpan dalam ipad.

buku resepi

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Mana tahu selepas ini anda lebih bijak membeli buku resepi.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *