Ketahui 7 Manfaat Badam untuk Kesihatan Tubuh Badan Anda

Badam adalah sejenis kekacang yang telah dipercayai mempunyai khasiat yang tersendiri. Ini telah dikaji oleh pakar pemakanan yang mengatakan badam yang diambill setiap hari dapat membantu kesihatan badan anda. Semua pasti ingin kekalkan kesihatan yang baik, bukan? Manfaat yang ketujuh adalah impian ramai orang dalam menjaga kesihatan badan.

1. Mengurangkan risiko peyakit jantung

Badam mengandungi vitamin E yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam masa yang sama, magnesium membantu mencegah anda daripada serangan jantung. Badam juga mengandungi mono-unsaturated fats, protein dan potassium yang mengukuhkan lagi kesihatan jantung anda.

2. Meningkatkan fungsi otak

Menurut pakar kesihatan, makan 4 hingga 6 badam yang telah direndam setiap hari dapat menyediakan rangsangan otak di mana membantu sistem pusat saraf berfungsi dengan baik. Jadi, makanlah badam setiap pagi untuk menajamkan memori anda dan meningkatkan fungsi otak.

chocolate cookies

3. Mengurangkan tahap kolesterol

Memakan badam yang telah direndam dapat mengurangkan kolesterol dalam badan. Ini kerana badam mengandungi mono-unsaturated fatty acids yang dapat mengurangkan kolesterol. Bukan itu sahaja, badam mengandungi vitamin E yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kolesterol yang baik di dalam saluran darah.

4. Mengawal tekanan darah

Badam membantu merawat darah tinggi. Ini kerana badam mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah di mana mengelakkan tekanan darah daripada naik secara mendadak. Badam juga mengandungi folic acid dan magnesium yang membantu mengurangkan risiko saluran darah tersumbat.

5. Membantu mengurangkan berat badan

Jika anda mempunyai perancangan dalam menurun berat badan terutama di bahagian lemak perut, badam yang direndam sangat bagus dalam pemakanan diet anda. Badam yang telah direndam membantu mengurangkan berat badan kerana ia mengandungi mono-unsaturated fats. Lemak ini membantu anda menyekat daripada selera makan dan anda merasa kenyang sentiasa.

6. Merawat sembelit

Perut adalah punca kesihatan anda. Dalam Islam, memakan yang baik adalah satu tuntutan buat umatnya. Jika sistem penghadaman sudah rosak, maka kesihatan anggota lain juga boleh terjejas. Badam adalah sebahagian makanan yang baik untuk perut. Badam yang telah direndam dapat merawat sembelit yang kronik. Ini kerana badam mengandungi insoluble fibers yang membantu menyingkirkan sembelit.

7. Memperbaiki kulit dan rambut

Ya, semua orang ingin kecantikan, bukan? Terutama bahagian kulit dan rambut kerana kedua-dua anggota ini dilihat jelas oleh orang lain. Dengan memakan badam yang telah direndam dapat membantu memperbaiki kulit dan rambut. Ini kerana vitamin yang terkandung dalam badam adalah sangat penting untuk kulit dan rambut. Vitamin tersebut adalah vitamin E di mana ia bertindak sebagai antioxidant dalam mengurangkan keradangan dan kerosakan kulit dan rambut.

Tambahan, badam yang direndam perlu dilakukan semalaman atau 8 jam dengan merendam badam dalam air. Ada yang mengatakan selepas selesai direndam, seeloknya membuang kulit badam terlebih dahulu.

chocolate cookies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *