Kenali 9 kelebihan makan buah avocado terhadap tubuh badan anda.

Avocado mempunyai warna kuning dan hijau serta biji besar di tengah buah. Kebiasaannya orang putih selalu menjadikan ia makanan harian sebagai snek atau ditambah dalam makanan mereka. Tidak pula di Malaysia, jarang memakan buah avocado ini, bukan?

Rasanya yang lembut apabila cukup masak, sebaliknya ia mempunyai isi yang keras jika ia belum masak. Cara mengenali avocado sudah dimasak adalah dengan menekan sedikit avocado dan anda dapati ia tidak keras, maka ia sudah masak.

Banyak kajian yang dijalankan tentang kelebihan memakan buah avocado ini. Jom kenali 9 kelebihan makan buah avocado terhadap tubuh badan anda.

avocado

1. Pernafasan anda menjadi lebih segar

Jika anda memakannya sebiji sehari, sebulan akan datang anda dapati pernafasan anda menjadi lebih segar. Pernafasan yang teruk adalah disebabkan oleh pencernaan yang tidak baik atau perut yang tidak sihat. Ini kerana avocado mempunyai antibacterial dan antioxidant flavonoids yang membantu membunuh bakteria dalam mulut dan menjadikan pernafasan anda lebih segar. Bukan itu sahaja, anda dapat mencegah terkena kanser oral !

Ahli sains daripada Ohio State University telah menjalankan satu kajian dan ia menunjukkan bahawa avocado boleh mencegah diri daripada terkena kanser oral.

Avocado juga dapat mengelakkan daripada sel precancerous daripada terus membiak menjadi kanser.

biskut coklat

2. Buah pinggang berfungsi dengan lancar

Sumber mineral yang ajaib seperti potassium terdapat dalam avocado. Potassium membantu sistem anda berfungsi dengan lebih lancar. Keseimbangan bendalir yang sihat dapat dihasilkan melalui saluran sel dan ini membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik.

Namun, jika anda menghadapi masalah hyperpotassemia, anda perlu mengelakkan daripada memakan avocado. Kandungan potassium yang tinggi dalam avocado boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan kesihatan anda menjadi bermasalah pula. Jadi, pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor untuk lebih lanjut tentang kesihatan badan anda.

3. Mengurangkan tahap kolesterol atau triglyceride

Kolesterol atau triglyceride yang tinggi sangat merbahaya terhadap tubuh badan kerana ia melibatkan penyakit jantung anda. Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu low density lipoprotein or LDL yang akan menghasilkan plak dalam arteri. Manakala, high density lipoprotein or HDL memberikan sistem yang baik untuk anda dengan membawa lebihan kolesterol ke hati anda dan kemudiannya akan diproses dan dibuang melalui badan anda.

Pakar daripada Mexico telah menjalankan kajian mendapati bahawa dengan memakan avocado secara berkala dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) sebanyak 22%. Tambahan, kolesterol baik (HDL) pula yang akan meningkat sebanyak 11%.

4. Hati berfungsi dengan lebih efisien

Hati juga adalah organ yang sangat penting dalam badan manusia. Avocado berupaya membantu badan anda menghasilkan glutathione. Hati anda sangat mengidamkan antioxidant bagi menapis bahan-bahan yang merbahaya. Ini akan melindungi hati anda daripada rosak.

Avocado juga mengandungi vitamin C dan E. Gabungan kedua vitamin ini dapat meneutralkan radical bebas. Ini melindungi lagi hati anda. Vitamin E juga boleh digabungkan dengan vitamin K di mana ia dapat mengatasi keradangan cellular.

5. Mengurangkan tekanan darah

Jika anda menghadapi tekanan darah yang tinggi, avocado adalah kawan baik anda. Sebelum ini, anda sudah pun tahu avocado dapat mengawal kestabilan bendalir juga dapat membantu tekanan darah. Dalam kes ini, potassium mencegah anda daripada terkena osteoporosis dan mengurangkan tekanan darah anda.

Jika anda ingin menu makanan yang baik dalam seharian anda, pilihlah makanan yang mempunyai avocado.

6. Penglihatan anda menjadi semakin baik

Kesihatan mata anda dipengaruhi oleh keseluruhan kesihatan anda. Semestinya, faktor pemakanan adalah sumber kesihatan anda. Terutamanya adalah avocado kerana ia mengandungi antioxidant yang tinggi seperti carotenoids yang dipanggil lutein dan zeaxanthin. Kandungan ini melindungi mata anda daripada terkena ‘blue light’ yang merbahaya.

Pakar sains dari French dan English menyatakan bahawa lutein dan zeaxanthin dapat mengurangkan risiko terkena katarak mata dan macular degeneration.

7. Mengelakkan terkena kanser

Carotenoids dan monounsaturated fat yang terdapat dalam avocado adalah pelindung anda daripada terkena kanser, terutama kanser payudara dan kanser prostat. Kajian dari seluruh negara juga menunjukkan bahawa organic avocado menyebabkan sel kanser menjalankan apoptosis atau kata mudahnya kematian sel secara automatic. Ini menunjukkan lagi avocado adalah makanan yang memberi kesihatan yang baik untuk anda.

8. Mengurangkan berat badan

Avocado mengandungi sumber fiber yang tinggi. Fiber penting untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan dari tubuh badan. Memakan avocado membantu anda lebih kenyang dan hadam dengan perlahan. Dan ini membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.

Garis panduan diet untuk orang Amerika menunjukkan bahawa wanita perlukan paling kurang 0.8 oz fiber setiap hari. Manakala, lelaki pula perlukan paling kurang 1.26 oz fiber setiap hari.

Selain avocado, epal, kacang hijau, keledek dan strawberi mempunyai fiber yang tinggi. Anda juga boleh mengamalkan memakan avocado bersama dengan sedikit senaman.

9. Wajah anda menjadi lebih cerah

Avocado bukan sahaja membantu dalaman tubuh badan, namun luaran seperti wajah anda juga dapat kesan yang baik. Avocado mempunyai sumber vitamin C dan E. Vitamin C melibatkan pembentukan kolagen dan elastin yang membantu mengekalkan keanjalan kulit anda. Manakala, vitamin E pula dapat mengurangkan kerosakan kulit daripada terdedah daripada cahaya matahari yang berlebihan.

Avocado juga mengandungi omega 9 fatty acids. Kandungan ini penting untuk mengekalkan kelembapan dalam epidermis dan menjana semula sel epidermis. Sebagai hasilnya, kulit anda akan lebih lembut dan anjal. Bukan itu sahaja, kegatalan dan kemerahan yang muncul di kulit dapat dihakiskan dengan lebih cepat.

Itu sahaja 9 manfaat avocado terhadap tubuh badan anda. Rata-rata rakyat Malaysia jarang memakan avocado. Namun, dengan adanya manfaat yang begitu banyak dalam kandungan avocado ini, apakata anda dapatkannya.

Info tambahan, pastikan anda membuang kulit avocado dengan berhati-hati supaya bahagian hijau gelap yang berhampiran dengan kulit avocado tidak tertanggal. Bahagian hijau gelap ini mempunyai kepekatan carotenoids yang tinggi di mana khasiatnya sangat tinggi untuk anda.

Anda sudah fikirkan makanan yang anda ingin hasilkan bersama avocado ini?

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *