Kenali 10 Khasiat Kurma Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Anda

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Kurma Ajwa berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata” (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Kurma adalah makanan sunnah Rasulullah. Sudah pasti banyak khasiat yang terdapat dalam buah kurma itu sendiri. Kurma juga banyak juga dijadikan antara bahan dalam pembuatan makanan termasuklah biskut bayi. Ini menjadikan biskut itu rasanya sedikit manis sebagai perisa yang selamat untuk bayi. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita ambil tahu 10 khasiat kurma terhadap kesihatan tubuh badan anda.

kurma

1. Meningkatkan tenaga

Kurma mengandungi kandungan gula semulajadi seperti glucose, fructose dan sucrose. Jika anda kekurangan zat makanan, anda pasti perasaan anda selalu keletihan ketika sedang bekerja, bukan? Dengan memakan 3 biji kurma, ia membantu anda mendapatkan semula tenaga dalam menyiapkan kerja anda.

Satu kajian daripada International Journal of Food Sciences mendapati bahawa dengan mengunyah beberapa biji kurma ketika anda penat bekerja akan merangsang tenaga dengan segera. Jadi, bolehlah anda sediakan siap-siap bekalan kurma sebelum ke tempat kerja.

biskut coklat

2. Mengurangkan tahap kolesterol

Walaupun kurma rasanya manis, namun kurma mempunyai lemak yang rendah dan bebas daripada kolesterol ! Disebabkan itu, kurma adalah salah satu makanan untuk diet. Dengan memakan kurma, ia juga boleh menyeimbangkan tahap kolesterol anda sekaligus membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal. Kolesterol yang tinggi bukan sahaja mengganggu berat badan anda, malah kolesterol yang tinggi boleh juga menyebabkan penyakit jantung atau strok. Jadi, dengan memakan 3 biji sehari, ia membantu bukan sahaja secara fizikal anda, tetapi juga kesihatan dalaman anda.

3. Meningkatkan kualiti sistem pencernaan

Seperti anda tahu, sistem pencernaan adalah sangat penting untuk kesihatan keseluruhan dalaman anda. Jika sistem pencernaan anda mempunyai masalah, kemungkinan besar masalah lain akan muncul. Dengan memakan kurma, ia sedikit sebanyak mampu membantu anda mendapatkan sistem pencernaan yang baik. Kurma mengandungi soluble fiber yang membantu sistem pencernaan seperti sembelit.

4. Menstabilkan tekanan darah

Tekanan darah yang tinggi selalunya terjadi adalah disebabkan terlebih sodium atau garam dalam pemakanan seharian. Tidak seperti kurma yang tidak mengandungi sodium. Malah, kurma mengandungi potassium yang menggalakan perkumuhan sodium. Disebabkan itu, kurma sangat bagus dalam menstabilkan tekanan darah anda.

5. Meningkatkan tahap penglihatan

Semakin hari, gajet dan komputer menjadi perkara wajib dalam kehidupan seseorang menjadikan penglihatan menjadi semakin merosot. Disebabkan itu, anda perlu juga mengamalkan makanan sihat yang boleh membantu kesihatan mata anda. Ya, kurma adalah makanan semulajadi mengandungi vitamin A memberikan anda jumlah nutrients yang mencukupi untuk mata anda.

6. Menguatkan tulang

Tidak dinafikan lagi, kekuatan tulang akan mula merosot apabila sudah tua. Kesihatan tulang yang merosot akan menyebabkan rasa sakit tulang yang melampau atau kecacatan pada tulang. Dengan memakan kurma, anda memperoleh kesihatan tulang yang lebih lama. Ini kerana kurma mengandungi elemen penting seperti phosphorus, potassium, calcium dan magnesium.

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Kurma mengandungi antioxidant yang melindungi sel anda daripada radikal bebas sekaligus mengelakkan daripada terkena penyakit dan reaksi yang berbahaya. Seperti makanan lain yang mempunyai antioxidant, kurma mempunyai tiga jenis antioxidant yang penting seperti flavonoids, carotenoids dan phenolic acid. Antioxidant sangat membantu mengurangkan keradangan. Ada kajian mengatakan kurma mampu mengelakkan anda daripada terkena kanser dan diabetes. Carotenoids pula membantu kesihatan jantung.

8. Meningkatkan fungsi otak

Selain meningkatkan sistem imunisasi, kurma yang mengandungi antioxidant juga meningkatkan fungsi otak. Ya, memori yang bagus dan keupayaan pembelajaran yang bagus sangat diperlukan dalam kehidupan seharian anda. Hanya dengan memakan 3 biji kurma setiap pagi menjadikan hari anda lebih bermakna dengan otak yang cerdas, insyaAllah.

9. Meningkatkan metabolisma

Kurma mengandungi vitamin B, vitamin K, riboflavin, niacin dan banyak lagi. Itulah sebabnya kurma membantu anda bakar kalori dan boleh berpeluh ! Metabolisma yang bagus ini juga membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal. Namun, jangan pula anda mengambil makanan ringan atau manisan dalam diet anda. Tak menjadi juga jika anda makan makanan yang tidak berkhasiat. Jadi, makanan yang berkhasiat di samping makan kurma juga penting.

Kurma adalah makanan wajib sesetengah kelurga pada bulan Ramadhan. Ini ada kaitan dengan reaksi tubuh badan selepas membuka puasa dengan hanya sebiji buah kurma dan meminum air kosong. Saya pula dapati badan berpeluh selepas berbuka puasa dengan sebiji kurma.

10. Mencantikkan kulit

Makan apa sahaja makanan yang baik akan membantu anda mendapatkan kulit yang cantik. Jadi, apa yang menyebabkan kurma membantu anda mendapatkan kulit yang cantik? Ya, kurma mengandungi vitamin C yang dapat memperbaiki keanjalan kulit anda. Tambahan lagi, kurma mengandungi vitamin D yang membantu kulit menjadi licin. Kurma juga mengelakkan daripada pengumpulan melanin di mana kurma mengurangkan tanda-tanda penuaan dan juga menyelesaikan masalah kulit berminyak. Disebabkan itu, kurma membantu anda mendapatkan kulit yang lebih segar dan sihat.

Namun, kurma mengandungi gula dan kalori yang tinggi. Jadi, pastikan anda mengambil jumlah yang secukupnya sahaja. 3 biji atau 7 biji kurma sehari sudah memadai. Anda boleh jadikan kurma sebagai manisan dalam minuman atau makanan. Sudah pasti anda boleh makan kurma begitu sahaja. Di samping kurma, anda perlu juga memakan buah dan sayuran lain untuk melengkapkan diet seharian anda.

Tambahan maklumat, ada juga yang mencadangkan supaya kurma direndam semalaman dengan air dan kemudian memakan kurma yang telah direndam itu pada keesokan pagi.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *