Kenali 7 Kelebihan Buah Strawberi untuk Kesihatan Anda

Siapa tidak kenal dengan buah yang terkenal dan disukai ramai orang ini. Buah strawberi ! Strawberi adalah sejenis buah yang bewarna merah dan berbentuk seakan-akan bentuk ‘love’. Ia juga dijadikan bahan tambahan di dalam resipi masakan untuk menambahkan rasa yang lazat.

Tidak kurang juga menjadikan strawberi sebagai hiasan kek atau disaluti dengan coklat. Sudah pasti sesetengah dari anda juga sukakan strawberi ini.

Bukan sahaja ramai sukakannya kerana rasa yang lazat dan bentuk yang menarik, malah strawberi mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan anda. Jom ketahui apakah khasiat strawberi ini.

1. Meningkatkan imunisasi atau ketahanan tubuh anda

Strawberi membantu meningkatkan ketahanan tubuh badan anda. Ini kerana strawberi mengandungi sumber vitamin C yang sangat bagus.

2. Mengekalkan kesihatan penglihatan mata anda

Kandungan antioksidan dalam strawberi membantu anda daripada terkena katarak mata. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C dalam strawberi juga dapat melindungi mata anda daripada terkena radikal bebas akibat sinaran UV matahari. Vitamin C ini juga berupaya bagi menguatkan kornea dan retina mata anda.

3. Mengekalkan keanjalan kulit wajah

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam strawberi apabila diambil secara berterusan membantu anda menghasilkan kolagen. Kolagen membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit. Ia juga dapat mengurangkan kedutan pada wajah anda.

biskut coklat

4. Membantu sistem pencernaan anda

Dengan memakan strawberi, sistem pencernaan anda dapat diproses dengan baik. Sistem pencernaan yang baik termasuklah anda dapat mencegah daripada masalah sembelit yang teruk dan keradangan usus yang tidak sihat. Ini kerana strawberi mengandungi sumber serat fiber yang tinggi.

5. Mencegah daripada terkena barah kanser

Salah satu cara untuk mencegah kanser adalah dengan memakan makanan yang sihat. Terutamanya buah strawberi ! Kandungan ellagic acid dalam strawberi terbukti menghasilkan sifat anti-kanser. Ia dapat mengurangkan sel kanser daripada terus membiak.

Selain itu, kandungan antioksidan lutein dan zeathancins juga terdapat dalam strawberi. Antioksidan berupaya melindungi daripada radikal bebas dan meneutralkan kesan negatif akibat sel kanser dalam badan.

6. Mengurangkan tahap kolesterol

Selalunya kolesterol yang tinggi boleh memberi kesan kepada jantung. Ini kerana kolesterol jahat yang terkumpul dalam saluran darah menyebabkan saluran itu tersumbat. Oleh sebab itu, strawberi merupakan satu makanan yang berupaya meningkatkan kesihatan jantung anda.

Kandungan ellagic acid dan flavonoids atau phytochemical boleh menghasilkan antioksidan yang memberi kelebihan kepada jantung anda. Dengan mengamalkan diet pemakanan dengan strawberi dapat menjaga jantung anda yang sihat.

7. Membantu meningkatkan kesihatan pra-kelahiran

Strawberi mengandungi folate yang dikenali sebagai vitamin B yang boleh meningkatkan kesihatan buat para ibu ketika dalam proses pra-kelahiran. Folate juga bagus buat para wanita yang ingin hamil.

Selalunya, kandungan folate diperlukan di peringkat awal kehamilan untuk membantu perkembangan otak si bayi, tengkorak dan saraf tunjang. Manakala, folik acid dalam strawberi pula membantu mencegah si bayi daripada mendapat kecacatan seperti spina bifida selepas dilahirkan kelak.

Begitu banyak kelebihan buah strawberi untuk kesihatan tubuh badan anda. Boleh dijadikan diet harian pula tu!

Pandangan saya, buah strawberi yang segar dari pokok adalah sangat bagus untuk kesihatan berbanding produk kesihatan di luar sana. Rindu pula Cameron Highland dan Genting Highland !

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *