Kenali 3 Jenis Stand Mixer Kenwood untuk Anda Gunakan

Pembuatan sesuatu produk dengan tujuan untuk memudahkan kerja di dapur merupakan satu kemudahan untuk anda. Ia memberi anda rasa seronok apabila menghasilkan beberapa makanan. Keseronokan ini dicapai dengan menggunakan alat atau mesin yang efisien dan keupayaan serba boleh.

Stand mixer yang serba boleh membolehkan anda menghasilkan makanan dengan pelbagai resepi. Mungkin anda mendapat idea baru dalam menghasilkan resepi ciptaan sendiri atau anda teringin hasilkan resepi yang sedia ada.

Tanpa berlengah masa lagi, jom kenali 3 jenis stand mixer dari jenama kenwood. Bukanlah bermaksud 3 jenis ini sahaja dari jenama kenwood. Namun, dalam artikel ini hanya 3 jenis sahaja akan dibincangkan. Dan stand mixer pada nombor tiga dalam artikel ini adalah yang paling menarik

Chef KVC3100S

Stand mixer kenwood jenis ini dipasang bersama 4.6 L saiz bekas (bowl) stainless steel. Kuasa motor yang dipasang pada stand mixer ini berkuasa 1000 W. Stand mixer ini beratnya adalah 7.3kg

Bagi adunan pula, stand mixer ini mampu mengadun kek seberat 2.72 kg, mengadun doh roti seberat 2.18 kg dan memukul telur sebanyak 12 biji. Anggaran berat tepung adalah 680 g.

Stand mixer jenis ini boleh dipasang dengan lebih 20 alat tambahan untuk anda membuat pasta, mencicang daging, mengisar sup atau bawang dan pelbagai juadah dapat anda hasilkan.

biskut coklat

Titanium XL KVL8300S

Stand mixer ini dikenali sebagai chef titanium dilengkapi dengan bekas stainless steel yang berkualiti tinggi. Fungsi berganda yang unik membolehkan adunan anda digaul dengan rata tanpa kehilangan udara dan tanpa kelajuan yang berubah-ubah. Ini menjadikan stand mixer anda berfungsi dengan kawalan yang optimum.

Dengan berkuasa motor 1700 watt dan bekas berkapasiti 6.7 L membolehkan anda menghasilkan adunan kek seberat 4.55 kg, doh seberat 2.56 kg, 16 putih telur dan tepung seberat 910 g. Berat stand mixer ini adalah 10.4 kg.

Stand mixer ini boleh juga digunakan dengan memasang alat tambahan seperti alat membuat pasta, mengisar daging, memerah jus dan sebagainya, iaitu lebih 20 alat tambahan yang boleh dipilih.

Cooking Chef KCC9040S

Satu-satunya stand mixer yang boleh memasak menggunakan bekas (bowl) yang sama. Fungsi memasak ini boleh dilaraskan suhu daripada 20 darjah celcius sehingga 180 darjah celcius

Stand mixer ini juga diberi warranty untuk motor dan bekas sehingga 10 tahun.

Bukan sahaja anda boleh memasak sup dan mengadun adunan kegemaran anda, malah anda juga boleh mengisar bahan-bahan menggunakan blender serta memerah jus kesukaan anda. Anda boleh mengisar bahan-bahan, memerah jus, membentuk pasta dan mencicang daging dengan lebih 24 jenis alat tambahan yang boleh dipasang pada stand mixer ini.

Kuasa motor stand mixer ini adalah berkuasa 1500 watt yang digabungkan dengan kawalan ketepatan yang tinggi. Ini membolehkan anda memukul adunan ringan dengan putaran yang laju dan membantu anda mengadun adunan doh dengan lebih cekap.

Disertakan sekali dengan bekas yang berkapasiti 6.7 L, manakala untuk memasak pula menggunakan bekas berkapasiti 3 L. Stand mixer ini mampu menghasilkan adunan kek seberat 4.55 kg, doh roti 1.6 kg, putih telur seberat 560 g dan tepung yang boleh dimuatkan sehingga 910 g. Berat stand mixer ini adalah 12.88 kg.

Dengan adanya beberapa maklumat ini menjadikan anda lebih terbuka tentang ciri-ciri stand mixer sesuai dengan jenis adunan yang anda ingin hasilkan. Anda lebih yakin untuk menggunakan stand mixer selepas ini !

Tambahan berkenaan dengan ketiga-tiga jenis stand mixer ini adalah terdapat alat tambahan yang boleh dipasang pada stand mixer itu sendiri.

Itulah dia 3 jenis daripada beberapa jenis stand mixer kenwood untuk pembacaan anda hari ini.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *