15 Ciri-ciri Stand Mixer yang Bagus untuk Anda Ambil Kira

Baru-baru ini saya telah mengkaji beberapa stand mixer yang ada di pasaran. Walaupun anda lihat stand mixer itu secara positif di tapak jualan platform atau di televisyen. Namun, apabila lihat pada komen pembeli, pelbagai pula maklum balas dari pembeli.

Ini menjadikan anda rasa ragu-ragu terhadap stand mixer mana satu yang terbaik. Anda lihat stand mixer jenis A adalah yang terbaik kerana harganya dan beberapa ciri-ciri yang bagus, namun ada maklum balas yang positif dan ada juga maklum balas yang negatif.

Ada satu artikel menyatakan bahawa saiz bekas stand mixer dan jumlah kuasa watt yang boleh dihasilkan oleh stand mixer bukanlah penentu segala-galanya. Maknanya, satu stand mixer yang bagus dipengaruhi banyak faktor (bukan sekadar saiz bekas dan kuasa watt).

Ketahui 15 ciri-ciri stand mixer yang bagus untuk anda ambil kira.

  1. Pemasangan alat adunan whisk, hook dan beater yang mudah
  2. Masa memukul adunan putih telur berkembang bak salju dengan lebih cepat
  3. Keupayaan alat adunan menggaul adunan campuran dengan lebih sekata dan cepat
  4. Keupayaan stand mixer mengadun doh roti yang banyak
  5. Keupayaan stand mixer menggaul adunan cookies atau kek yang banyak
  6. Bunyi yang senyap apabila stand mixer digunakan
  7. Kedudukan alat adunan yang boleh dilaraskan supaya tidak terkena dasar bekas atau tidak terlalu tinggi. Ini bermakna adunan di dasar bekas dapat diadun dengan baik.
  8. Memasang dan membuka bekas atau bowl dengan lebih kemas dan mudah.
  9. Membuka dan menutup tilt-head atau kepala stand mixer dengan kemas dan mudah. Jika menggunakan bowl-lift dapat memasang dengan kemas.
  10. Bekas atau bowl stand mixer diperbuat daripada stainless steel. Ini memudahkan anda mencucinya selepas digunakan.
  11. Berat stand mixer yang bersesuaian. Jika terlalu berat untuk anda mungkin anda susah untuk mengalihkannya. Namun, jika anda suka stand mixer yang berat, abaikan point ini.
  12. Mempunyai butang boleh laras kelajuan yang banyak. Selalunya, stand mixer yang professional mempunyai lebih 8 kelajuan untuk dilaraskan.
  13. Mesin tambahan pada stand mixer yang dipasang pada motor di kepala stand mixer. Ini terdapat pada stand mixer jenis kitchen aid. Alang-alang anda mendapatkan stand mixer, dapatkan sekali dengan mesin pengisar pasta. Jimat ruang anda.
  14. Tempoh warranty juga perlu diambil kira. Ini kerana stand mixer adalah barangan elektrik yang boleh rosak supaya anda boleh menghantar untuk dibaiki atau ditukar.
  15. Stand mixer tahan lama, harga mampu milik, rekabentuk yang cantik boleh juga untuk anda ambil kira.

Ciri-ciri stand mixer yang bagus menjadi idaman setiap baker. Ini kerana ia dapat memudahkan kerja anda. Anda tidak perlu serabut dengan masalah bunyi bising apabila menggunakannya atau perlu menggaul adunan yang berat dengan menggunakan tangan lagi.

Namun, selalunya perkara yang bagus tetap juga ada kekurangannya. Walaupun motor yang digunakan sangat berkuasa untuk menggaul adunan doh roti, namun masa untuk memukul telur sehingga kembang pula yang lambat.

Secara keseluruhannya, stand mixer sangat membantu kerja anda di dapur. Anda pernah menggunakan stand mixer jenis apa?

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *