Kenali 3 Jenis Stand Mixer Jenama Kitchen Aid

Stand mixer di pasaran terdapat pelbagai jenis dan jenama yang boleh anda dapati. Kegunaan stand mixer juga digunakan oleh golongan suri rumah sehinggalah golongan pengusaha makanan bakeri. Sudah pasti harga yang berbeza setiap stand mixer adalah disebabkan oleh beberapa ciri-ciri yang ada pada stand mixer itu sendiri.

Stand mixer jenama kitchen aid sangat terkenal di seluruh dunia. Menurut laman kitchen aid sendiri terdapat beberapa jenis stand mixer yang dihasilkan dan anda boleh dapatkannya.

stand mixer kitchen aid

Jadi, hari ini saya akan membincangkan 3 jenis stand mixer kitchen aid. Dengan mengetahui ciri-ciri stand mixer yang akan dibincangkan nanti akan menjadikan anda seorang yang lebih terbuka dan lebih berpengetahuan tentang stand mixer.

6.6 L Qt Bowl Lift NSF Certified Commercial Stand Mixer (Model: 5KSM7990XBER)

stand mixer kitchen aid

Stand mixer jenis ini adalah yang paling mahal berbanding jenis yang lain mengikut laman kitchen aid. Harga di pasaran kini adalah RM 6,699.00. Kapasiti bekas stand mixer stainless steel ini adalah 6.9 L di mana ia boleh mengadun doh roti seberat 3.8 kg. Dengan kapasiti ini juga boleh memukul krim putar seberat 1.9 L, mengadun doh kek seberat 4.5 kg dan memukul kentang seberat 3.6 kg.

Kebolehan stand mixer ini juga bergantung pada 325 wattage, 220-240 voltage dan 50/60 Hz frequency. Kelajuan boleh laras disediakan dari kelajuan 1 hingga 10 di mana 40 hingga 200 rpm digunakannya.

biskut coklat

Bahan stand mixer ini diperbuat daripada die – cast zinc iaitu logam yang berkualiti tinggi. Motor yang digunakan adalah 1.3 HP direct drive. Tambahan, berat stand mixer ini adalah 14.5 kg.

Stand mixer ini adalah jenis bowl-lift di mana bowl atau bekas perlu dinaikkan sebelum memutar adunan. Stand mixer ini juga dikatakan sesuai untuk mengadun adunan yang berat.

Artisan 4.8 L Tilt Head Stand Mixer (Model: 5KSM125BAC)

stand mixer

Stand mixer ini lebih murah berbanding jenis 6.6 L Qt Bowl Lift dengan harga RM 3,199.00 terkini di pasaran. Kapasiti bekas stand mixer ini adalah 4.8 L di mana ia boleh mengadun doh roti seberat 2 kg. Dengan kapasiti ini juga ia dapat memukul krim putar seberat 1 L, mengadun doh kek seberat 2.7 kg dan memukul kentang seberat 3.2 kg.

Kebolehan stand mixer ini bergantung kepada kuasa 300 wattage, 220 – 240 voltage dan 50/60 Hz frequency. Kelajuan boleh laras disediakan adalah dari kelajuan dari 1 hingga 10 di mana 58 hingga 220 rpm digunakkannya.

Bahan stand mixer ini diperbuat daripada die – cast zinc iaitu logam yang berkualiti tinggi. Motor yang digunakan mempunyai 0.19 HP (max. output motor power). Tambahan, berat stand mixer jenis ini adalah 10.4 kg.

Tilt-head ini mempunyai ruang untuk memasang alat tambahan untuk memotong sayuran atau buahan, membentuk pasta atau mencincang daging. Sesuai buat anda yang inginkan penjimatan ruang dapur. Hanya dengan menggunakan stand mixer, anda boleh hasilkan pelbagai jenis makanan.  

4.3 L Classic Tilt-Head Stand Mixer (Model : 5K45SSBWH)

stand mixer kitchen aid

Stand mixer jenis ini lebih murah iaitu RM 2,999.00 yang mempunyai kapasiti bekas stainless steel 4.3 L. Dengan kapasiti ini, stand mixer dapat mengadun doh roti seberat 1.7 kg, memukul krim putar seberat 1 L, mengadun doh kek seberat 2.5 kg dan memukul kentang seberat 2.9kg.

Kebolehan stand mixer ini juga bergantung kepada 275 wattage, 220 – 240 voltage dan 50/60 Hz frequency. Kelajuan boleh laras disediakan dari kelajuan 1 hingga 10 dengan menggunakan 58 hingga 220 rpm.

Motor yang digunakan adalah AC (alternating current) pada direct drive yang berkuasa 0.26 HP max. output motor power. Bahan stand mixer ini juga sama seperti jenis yang lain iaitu menggunakan die – cast zinc. Berat stand mixer ini adalah 10.5 kg.

Tilt-head ini boleh dipasang dengan beberapa alat tambahan bagi membuat pasta, menghiris sayur atau kentang, malah boleh juga mencincang daging. Alat tambahan ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang dapur anda, malah anda tidak perlu memikirkan plug elektrik tambahan. Hanya satu mesin iaitu stand mixer ini, anda dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan kegemaran anda.

Ketiga-tiga jenis stand mixer ini mempunyai alat dough hook, wire whisk dan flat beater seperti mana stand mixer jenama lain juga. Maklumat tentang alat tambahan untuk membuat pasta dan sebagainya bagi jenis 6.6 L Qt Bowl Lift mungkin boleh dipasang seperti stand mixer jenis lain. Saya tidak nyatakan kerana maklumat tentang alat tambahan ini tidak dinyatakan pula di laman kitchen aid.

Daripada pembacaan ketiga-tiga jenis stand mixer didapati bahawa ciri-ciri stand mixer boleh mempengaruhi harga stand mixer.

Semakin besar saiz atau kapasiti bekas stand mixer, semakin mahal harganya. Begitu juga kuasa wattage yang tinggi juga mempengaruhi harga. Ini kerana saiz bekas yang besar membolehkan anda mengadun adunan yang lebih banyak dengan wattage yang cukup bagi membolehkan stand mixer mengadunnya dengan lebih efisien.

Anda mempunyai cadangan yang lebih baik? Mari bincangkan di bawah supaya semakin banyak maklumat untuk anda ketahui sekaligus anda menjadi seorang baker yang bijak.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *