Anda masih keliru dengan penggunaan oven anda? Jom dengar sedikit cerita dari saya.

Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa ada sesetengah baker yang baru berjinak menggunakan oven mempunyai masalah kek tidak masak di tengah-tengah. Jika tambah masa, boleh hangit bahagian bawah kek pula.

Apa yang saya nak katakan kepada anda adalah TAHNIAH kepada anda kerana anda sudah melakukan satu perkara yang baru dalam hidup anda. Iaitu membuat kek.

Bukan senang ingin memulakan sesuatu perkara kerana pelbagai tanggapan negatif berlegar di dalam fikiran sebelum memulakannya, bukan? Ya, saya juga begitu pada suatu ketika dahulu. Namun, saya teruskan juga walaupun pelbagai jenis kegagalan saya hasilkan.

Bagaimana nak guna oven? Perlu guna suhu yang mana sesuai? Perlu buka suis kipas oven atau tidak perlu? Dan pelbagai lagi persoalan bermain dalam fikiran anda. Walaupun sudah membakar sebiji kek, masih juga keliru.

Jangan risau. Oleh kerana, skill baking bagi setiap baker juga berlainan. Ada menggunakan skill A menjadi, namun sesetengah baker tidak menjadi pula. Namun, ada juga skill yang sama yang lebih ringkas menjadi pula.

biskut coklat

Pada tahun 2013, rumah saya dimasuki air banjir yang sangat teruk. Malangnya, oven terjatuh dalam air banjir. Namun, saya bernasib baik kerana oven masih berfungsi. Disebabkan oven ini dibeli oleh ayah dengan harga yang boleh agak mahal juga, saya memanfaatkannya sehingga kini.

Apa yang saya pelajari adalah penggunaan oven yang sudah agak pening dari fungsinya. Saya cuba memahami keadaan oven itu dengan membakar beberapa kuih. Dengan suhu dan masa yang pelbagai. Akhirnya, saya jumpa pada suhu yang sesuai. Di mana, suhu itu saya tidak akan kacau lagi selepas ini.

Suhu itu saya tetapkan pada suhu 150 darjah celcius. Tidak pula saya membeli penyukat suhu untuk menguji suhu oven saya. Jadi, saya tetapkan sahaja suhu pada 150 darjah celcius.

Apa yang menariknya adalah saya menggunakan suhu ini untuk membakar kek, biskut dan roti ! Fungsi api dan kipas juga sama. Iaitu api atas dan bawah serta kipas dibuka. Menjadi !

Namun, bukan itu sahaja. Malah, saya mendapat satu ilmu baru berkenaan dengan resepi. Ya, bukan sahaja oven, namun resepi juga mempengaruhi hasil kek, biskut atau roti anda.

Bercerita berkenaan dengan resepi, saya membuat roti daripada dua jenis resepi menggunakan oven yang sama dan suhu yang sama. Mungkin dari segi masa berlainan mengikut adunan resepi atau saiz adunan tersebut.  

Apa yang berlaku adalah, kedua-dua resepi memberikan hasil roti yang berlainan. Walaupun adunan hampir sama, namun sukatan adunan juga diambil kira. Daripada kedua-dua jenis resepi ini, saya dapati bahawa satu daripada dua resepi yang benar-benar menjadi.

Resepi pertama menghasilkan roti yang sedikit kering dan keras. Manakala, resepi kedua menghasilkan roti yang lembut dan gebu.

Bukan itu sahaja ! Saya menggunakan resepi roti yang kedua yang gebu dan lembut untuk menghasilkan pizza dan donut pula ! Dengan menggunakan oven yang sama, suhu yang sama, fungsi api atas bawah dan kipas dibuka. Saya berjaya hasilkan pizza yang sedap.

Jadi, tidak hairanlah baker mempunyai skill yang berbeza. Jika anda masih keliru dengan oven anda, mungkin anda masih baru dalam dunia baking. Bagi mengurangkan kekeliruan anda, anda boleh mendapatkan guru, membaca atau bertanya soalan dalam group baking anda. InsyaAllah, anda akan menjadi lebih mahir selepas ini.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *