8 Cara Promosi Produk Makanan Bakeri Secara Online

Selalunya saya memberi tips menghasilkan makanan yang menjadi. Terutamanya makanan yang berasaskan bakeri seperti kek, biskut dan roti. Bukan itu sahaja, tips ingin menggunakan peralatan elektrik seperti stand mixer juga diberi.

Kali ini, anda akan didedahkan kepada 8 cara promosi produk makanan bakeri di online. Ya, sekarang zaman teknologi yang memerlukan ramai orang berurusan hanya menggunakan handphone.

1. Cari produk yang mendapat permintaan yang tinggi

Sebelum anda ingin mempromosikan produk anda, sudah tentulah anda memilih produk yang mempunyai permintaan tinggi. Produk yang mendapat permintaan yang tinggi memudahkan anda untuk membuat jualan nanti.

Antara contoh produk makanan bakeri yang mendapat sambutan di online adalah cookies dan kek brownies. Ini kerana kedua-dua produk ini tahan lebih lama dan lebih selamat apabila sampai ke destinasi.

Langkah lain yang anda boleh lakukan adalah dengan mengkaji jumlah pelanggan di shopee. Lihat produk pesaing yang mempunyai pembeli yang ramai. Pembeli yang ramai menandakan bahawa produk tersebut merupakan permintaan yang tinggi.

Anda boleh lihat pada gambar di atas. Cookies boleh mencecah ribuan pembeli. Manakala, kek brownies mencecah puluhan pembeli.

2. Gambar yang menarik

Gambar yang menarik perhatian di mata manusia adalah sangat penting. Ia boleh mempengaruhi emosi bakal pelanggan anda. Bayangkan bakal pelanggan anda dapat melihat dengan jelas gambar makanan yang anda hasilkan. Mereka pasti terliur melihatnya.

Anda boleh menggunakan aplikasi percuma untuk mengedit gambar supaya nampak lebih kemas, tersusun dan jelas. Ini termasuklah anda boleh memasukkan beberapa elemen seperti tulisan dalam gambar produk anda. Contoh aplikasi yang boleh anda gunakan adalah canva. Jika anda ingin lebih advance lagi, boleh guna pixlr (bukan aplikasi tetapi ia adalah web browser dan ia adalah percuma). Ini adalah contoh gambar yang menggunakan pixlr.

biskut sedap

Melihat pada gambar ini, mungkin anda dapat gambaran bahawa cookies ini penuh dengan coklat dan badam. Gambar ini diambil dan diedit menggunakan web pixlr supaya nampak lebih menarik. Jika anda suka biskut coklat badam, boleh klik pada gambar tersebut

3. Buat ayat yang menarik perhatian

Bukan sahaja gambar boleh menarik perhatian bakal pelanggan, malah ayat yang menarik juga dapat mempengaruhi minat mereka terhadap produk anda. Selalunya, ayat yang menarik perhatian mereka adalah ayat yang mempunyai elemen emosi.

Ayat yang mengandungi masalah bakal pelanggan, kelebihan produk yang pelanggan mesti dapatkan dan ayat feedback daripada pelanggan sebelum ini. Ini adalah sebahagian yang anda boleh masukkan.

Anda juga boleh meletakkan beberapa maklumat tentang produk makanan bakeri anda. Dengan maklumat ini, pelanggan anda boleh mendapat gambaran yang jelas terhadap produk anda. Malah, pelanggan juga lebih percaya dengan adanya maklumat ini.

4. Video yang memukau

Sebelum ini saya telah nyatakan bahawa gambar dan ayat yang menarik boleh mendapat tempat di hati pelanggan. Ya, kedua-duanya penting. Ada satu lagi cara promosi yang boleh menyebabkan pelanggan anda ingin dapatkan produk anda. Video yang memukau !

Anda boleh bayangkan video marketing dari jenama yang terkenal seperti Macdonald dan KFC. Bagaimana video tersebut boleh menyebabkan anda terliur ingin merasa makanan yang ditunjukkan di dalam video tersebut? Sudah pastilah video yang ditunjukkan itu sangat jelas dan nampak sedap.

Nak hasilkan video dengan mudah dan percuma? Boleh… Anda hanya perlu install aplikasi di handphone anda. Antara contoh aplikasi percuma adalah Inshot dan Capcut. Dengan adanya aplikasi ini memudahkan anda untuk mengedit video supaya nampak lebih menarik.

Oh ya, aplikasi tiktok juga mempunyai fungsi yang boleh dikatakan canggih juga untuk anda gunakan.

5. Feedback pelanggan yang berkualiti

Salah satu cara mempromosikan produk makanan bakeri adalah dengan menunjukkan feedback pelanggan di platform yang anda gunakan. Dengan adanya feedback ini, pelanggan menjadi lebih yakin.

Feedback yang positif dan kena dengan caranya pasti memudahkan anda mendapat pelanggan. Ini kerana feedback ini menunjukkan bahawa makanan anda memang terbukti sedap apabila dimakan.

6. Membina website yang menarik

Jika anda mempunyai kemahiran membina website, ia adalah satu kelebihan buat anda. Ini kerana anda boleh meletakkan beberapa maklumat tentang makanan anda di laman web. Ia memudahkan bakal pelanggan untuk mencari maklumat yang mengikut citarasa mereka.

Malah, dengan adanya laman web memudahkan kerja anda. Oleh kerana pembelian di online adalah secara automatik. Tidak perlulah anda menerima ‘PM’ dari pelanggan lagi.

Di laman web, anda boleh meletakkan gambar, video dan beberapa ayat yang menarik. Sudahlah memudahkan kerja anda dan pelanggan anda, malah laman web juga berpotensi untuk menaikkan jenama makanan bakeri anda !

7. Meletakkan produk anda di ecommerce sedia ada

Anda tiada masa ingin membuat laman web? Jangan risau oleh kerana beberapa e-commerce untuk anda letakkan produk anda. E-commerce ini sudah disediakan beberapa fungsi supaya pelanggan dapat membeli dengan mudah dan cepat. Ia juga secara automatik.

Contoh e-commerce yang boleh anda gunakan adalah shopee (gambar shopee seperti di point yang pertama) dan lazada. Gunakan dengan sebaiknya.

8. Konsisten menghasilkan content yang berkualiti

Cara yang terakhir adalah anda perlu menghasilkan content yang berkualiti secara konsisten. Ya, konsisten adalah sangat penting. Dengan menghasilkan content secara konsisten, pelanggan akan sentiasa ingat jenama produk makanan anda.

Banyak platform yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan content. Blog, facebook, tiktok dan instagram merupakan platform yang percuma. Bolehlah anda terus menghasilkan content yang berkualiti selepas ini.

Itulah dia 8 cara promosi produk makanan bakeri di online. Tinggal hanya anda perlu ambil tindakan dari sekarang sahaja !

Bagi anda yang ingin menambah ilmu tentang perniagaan bakeri dari rumah, anda boleh juga dapatkan ebook bisnes bakeri. Dalam ebook ini juga ada menerangkan beberapa kesalahan yang anda patut elakkan. Ebook ini juga menerangkan dengan lebih detail termasuklah cara meletakkan harga produk yang betul. Anda boleh dapatkan di sini. Selamat maju jaya dalam bisnes bakeri dari rumah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *