Cara Menggunakan 3 Alat Pemukul Stand Mixer Berdasarkan Jenis Adunan Anda

Pembuatan stand mixer semakin canggih. Mana tidaknya, pelbagai alat boleh dipasang bagi satu stand mixer sahaja. Ini bermakna anda dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan dengan hanya menggunakan satu stand mixer sahaja.

Stand mixer disertakan bersama beberapa alat untuk kegunaan anda. Selalunya, stand mixer disertakan sekali dengan 3 alat pemukul yang utama. Pastikan anda tahu penggunaannya. Jika tidak, tidak terguna juga alat yang anda sudah dapatkannya, bukan?

Penggunaan setiap alat pemukul mempunyai fungsi yang tertentu. Jika anda tahu menggunakannya, hasilnya anda dapat lihat pada tekstur adunan yang menarik. Malah, alat pemukul dan stand mixer juga mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Ini disebabkan anda menggunakannya dengan betul.

Ya, cara penggunaan alat stand mixer juga mempengaruhi jangka hayat stand mixer. Ini kerana stand mixer mempunyai kuasa motor untuk putaran, kelajuan yang boleh dilaraskan, dan alat itu juga mempunyai rekabentuk khas untuk setiap adunan.

3 alat pemukul stand mixer sangat dikenali kerana ia disertakan sekali dengan stand mixer di pasaran. Jom ketahui jenis adunan yang sesuai bagi setiap alat pemukul ini.

1. Wire whisk

Wire whisk mempunyai dawai besi dipasang sehingga membentuk seakan-akan bujur atau bulat. Setiap antara gabungan dawai ini mempunyai ruang dan ruang yang banyak ini melancarkan lagi aliran adunan sehingga adunan benar-benar mengembang. Ini menjadikan adunan anda menjadi gebu dan ringan.

Adunan yang sesuai menggunakan wire whisk ini selalunya mempunyai adunan yang ringan. Ini kerana pembuatan wire yang nipis dan tidak kukuh seperti alat yang lain. Adunan yang boleh anda hasilkan adalah:

  • Telur
  • Kek span
  • Kek cheese jepun
  • Krim
  • Telur putih
  • Mayonis
biskut coklat

2. Flat beater

Flat beater ini mempunyai bentuk rata dan mempunyai tiga atau empat ruang untuk adunan melalui ruang tersebut. Pergerakan flat beater berpusing mengikut arah yang sama ini seolah-olah anda menggaul andunan dengan tangan. Tidak seperti wire whisk yang perlu digaul secara kasar.

Adunan yang sesuai menggunakan flat beater ini selalunya mempunyai adunan yang ringan hingga sedikit berat, termasuklah:

  • Pastri
  • Kek
  • Biskut
  • Cookies
  • Lenyek kentang, pisang, ubi dan sebagainya
  • Lenyek ikan
  • Gula-gula

3. Dough hooks

Dough hook mempunyai bentuk lingkaran atau bentuk huruf C yang unik. Rekabentuk ini seolah-olah lengkungan tangan anda yang berbentuk C apabila anda menggengam sedikit tangan anda. Rekabentuk alat ini membolehkan adunan dibentuk dengan membenarkan udara melaluinya. Alat dough hook selalunya digunakan untuk adunan yang padat dan sedikit berat atau berat.

Adunan yang anda boleh hasilkan menggunakan dough hook ini adalah:

  • Roti bun
  • Roti gulung
  • Roti buku
  • Pizza
  • Pasta

Ada pelbagai jenis adunan anda dapat hasilkan selain yang ditunjukkan di atas. Sedikit garis panduan untuk anda adalah anda perlu pastikan kepadatan adunan yang ingin anda hasilkan. Jika adunan padat seperti adunan roti, sudah tentu dough hook adalah sesuai. Begitu juga sebaliknya.

Nota: Perkataan english bagi nama alat pemukul dan stand mixer digunakan. Ini memudahkan anda faham dan mencari perkataan ini di carian internet.

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *