5 Kelebihan Buat Anda Sebagai Usahawan Bakeri Dari Rumah

Anda ingin menambah pendapatan dari rumah, tetapi masih ragu-ragu? Tanpa melengahkan masa lagi, jom lihat 5 kelebihan sekiranya anda sebagai usahawan bakeri dari rumah. Selepas anda membaca kelima-lima kelebihan ini, anda pasti akan lebih yakin untuk mulakan bisnes dari rumah.

1. Kos permulaan yang kecil

Selalunya orang akan fikir nak buka perniagaan perlukan kos yang banyak. Ya lah, kos nak sewa kedai, hias kedai, peralatan yang besar, mesin juruwang dan bermacam lagi. Bukan itu sahaja, pekerja juga perlu dibayar. Ia memerlukan kos yang banyak !

Tidak seperti memulakan perniagaan bakeri dari rumah. Anda hanya memerlukan beberapa peralatan sahaja. Oven yang cukup ruang (tidak perlu membeli oven yang besar) dan stand mixer yang anda rasa sesuai untuk anda gunakan sahaja. Biasanya peralatan ini mudah didapati dan lebih murah.

Malah, peralatan yang sedia ada di rumah mungkin sudah mencukupi untuk anda mulakan bisnes dari rumah. Asalkan anda dapat menghasilkan makanan bakeri yang sedap sudah memadai.

2. Tidak perlu terlalu menjual

Oleh kerana perniagaan dari rumah ini selalunya dipromosi secara online, ia menjadi lebih mudah. Ini kerana anda tidak perlu menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih mulut. Malah, anda tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan di luar rumah. Jimat masa anda adalah !

Apa yang anda perlu hanya gambar dan harga sahaja. Kemudian, anda boleh terus mempromosikan di beberapa platform online. Mudah, bukan?

biskut coklat

3. Hanya buat berdasarkan tempahan

Point kali ini merupakan satu kelebihan yang paling menguntungkan. Lebih-lebih lagi buat suri rumah yang ingin mula bisnes dari rumah. Ini kerana anda hanya perlu membuat kek, roti atau biskut apabila mendapat tempahan sahaja.

Apabila anda buat mengikut tempahan ini, risiko makanan terbuang adalah rendah. Mungkin tiada pembaziran langsung. Bukankah itu lebih baik?

Bukan sahaja suri rumah, malah sesiapa sahaja boleh memulakannya.

4. Urusan rumahtangga masih terjaga

Apabila anda membuat kerja di rumah, sudah pasti anda dapat memantau urusan rumahtangga. Sambil membuat kerja, sambil memantau anak-anak. Malah, makanan dan keperluan mereka juga dapat dijaga.

Begitu juga bisnes bakeri dari rumah. Anda boleh menghasilkan kek, biskut dan roti dari rumah.

Anda juga boleh mengemas rumah sementara menunggu kek siap dibakar. Rumah anda pun lebih teratur dan kemas untuk seisi keluarga anda. Itulah salah satu kelebihan jika anda menjadi seorang usahawan dari rumah.

5. Pasaran yang lebih luas

Bagi anda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan bakeri, ia merupakan satu keputusan yang bijak. Oleh kerana perniagaan yang berkembang dapat menjana pendapatan anda. Malah, anda boleh lakukan bermula dari rumah.

Apabila anda lakukan bisnes dari rumah, anda akan lakukan promosi secara online. Malah, orang ramai lebih mudah mencari maklumat tentang perniagaan anda. Oleh kerana, pasaran online adalah sangat luas.

Inilah dia 5 kelebihan sekiranya anda memulakan perniagaan sebagai usahawan bakeri dari rumah. Mungkin anda akan dapati banyak kelebihan sekiranya anda dapat bekerja dari rumah sahaja, bukan? Cuba nyatakan kelebihan lain yang anda fikirkan… J

Bagi anda yang ingin mulakan perniagaan bakeri dari rumah, elok juga anda dapatkan ebook bisnes bakeri (klik di sini).

biskut coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *