Kenali Perbezaan Tepung Gandum High Protein dan Low Protein Buat Anda Seorang Baker

Jika anda pernah datang ke kedai bakeri, anda akan dapati terdapat pelbagai jenis tepung. Setiap jenis tepung mempunyai kegunaan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi bagi anda yang ingin menghasilkan makanan yang berasaskan baking.

Namun, pernah tak anda terfikir berkenaan dengan tepung gandum high protein? Apa yang menariknya high protein ini dan apa pula bezanya dengan low protein? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan kedua-dua jenis tepung ini.

1. Tepung gandum high protein

Tepung gandum high protein mengandungi protein yang tinggi. Namanya pun sudah ‘high protein’. Selalunya, tepung jenis ini mengandungi protein sebanyak 11% sehingga 13.5%.

Protein selalu dikaitkan dengan kandungan gluten. Disebabkan itu, tepung gandum yang mempunyai protein tinggi ini menghasilkan gluten yang tinggi.

Dengan menggunakan tepung ini, adunan doh anda lebih kenyal dan yis dalam adunan juga bertindak balas dengan lebih berkesan lagi.

biskut coklat badam

Kandungan protein yang tinggi membolehkan adunan anda memerangkap gas karbon dioksida dengan lebih berkesan. Gas ini dihasilkan oleh leavening agent seperti yis, serbuk penaik atau soda bikarbonat.

Kebolehan protein memerangkap gas ini menjadikan adunan lebih elastik. Disebabkan itu, tepung gandum high protein sangat sesuai digunakan dalam penghasilan roti, pizza dan donut. Tepung gandum high protein juga dikenali sebagai tepung roti.

Tepung ini juga dikatakan lebih lembut dan ringan hasilnya. Bahan agent penaik seperti soda bikarbonat dan serbuk penaik serta double improver juga dapat dikurangkan. Ini kerana tepung ini sudah membantu adunan anda lebih lembut.

Sesetengah kedai kek mencari tepung yang mempunyai protein yang tinggi. Sudah tentu hasilnya yang lebih lembut !

Harga tepung tinggi protein ini juga lebih mahal berbanding dengan tepung low protein. Oh ya, tepung low protein pula digunakan untuk jenis adunan yang macamana pula? Teruskan pembacaan anda.

2. Tepung gandum low protein

Sebelum ini anda mengetahui bahawa tepung gandum high protein mengandungi tinggi protein. Kali ini, tepung gandum low protein pula mengandungi protein yang lebih rendah iaitu bawah 10%.

Dengan menggunakan tepung jenis ini, hasil cookies, biskut dan kek akan menjadi lebih lembut.

Tepung jenis ini terdapat di pelbagai tempat di pasaraya. Anda selalu sahaja menjumpai tepung jenis ini. Ini kerana pelbagai jenama menghasilkan tepung rendah protein ini.

Tepung gandum bidara, tepung gandum faiza adalah tepung gandum rendah protein buatan muslim. Tepung ini juga merupakan tepung yang bebas dari bahan pemutih Benzoyl Peroxide. Anda boleh lihat perkataan “unbleached flour” di plastik packaging tersebut.

Sudah tentulah sebagai seorang muslim, tepung gandum jenama muslim menjadi pilihan !

Tanpa bahan pemutih ini menjadikan tepung tersebut lebih selamat digunakan. Walaubagaimanapun, warna tepung tanpa bahan pemutih ini mempunyai warna yang sedikit kekuningan berbanding bleached flour.

Mengikut satu sumber, tepung gandum tanpa bahan pemutih menghasilkan cucur yang lebih lembut dan tahan lama kelembutannya.

Selalunya, tepung jenis ini digunakan untuk membuat biskut dan kuih muih seperti roti canai, lempeng, cucur, lompat tikam dan pelbagai lagi.

Kesimpulannya, tepung high protein mempunyai protein yang tinggi. Sesuai digunakan untuk menghasilkan roti, pizza dan donut. Manakala, tepung low protein mengandungi protein yang rendah. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan kuih muih, cucur, biskut, dan pelbagai jenis juadah makanan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan dengan jenis tepung, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di bisnes bakeri. Salah satu ebook yang diberi adalah 5 bahan asas yang boleh anda rujuk. Klik di sini.

biskut coklat badam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *